Ketuanan Melayu a la UMNO
BANYAK TANAH MELAYU TELAH DIGADAI KEPADA KRONI

Akhir-akhir ini, media arus perdana Malaysia menjadi mangsa kecaman beberapa ahli parlimen Singapura. Semuanya ekoran laporan Utusan Meloya, Berita Hairan dan TV3 tentang rancangan memajukan kawasan istana Kampung Gelam, Singapura. Menurut akhbar-akhbar dan stesen TV paling tak beretika itu, rancangan pengambil-alihan istana Kampung Gelam oleh kerajaan Singapura adalah satu ancaman kepada "ketuanan Melayu" di Singapura.

Sejak bila pula media massa pengampu itu peka terhadap ketuanan Melayu? Kalau benar mereka peka, pihak yang perlu dikecam adalah UMNO. UMNOlah yang menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew pada 1967 setelah gagal memenuhi tuntutan-tuntutan PAP. Walaupun ditentang lain-lain parti Melayu terutamanya PAS, UMNO tidak langsung memikirkan implikasi yang timbul dan nasib orang Melayu di Singapura.

Sikap 'busy body' media pengampu ini juga ketara apabila tidak satupun pertubuhan Melayu di Singapura menentang rancangan kerajaan Singapura itu. Apakah pentingnya tanah sekangkang kera di Kampung Gelam Singapura sehingga nak dijadikan isu oleh media pengampu sedangkan sebahagian besar waris Sultan Singapura itu setuju berpindah.

Mengapakah mereka tidak melaporkan tindakan hina Mahathir menyerahkan rizab Melayu di Langkawi kepada kroninya Teng Pheik Khing? Mengapakah tindakan kerajaan UMNO/BN merampas tanah orang Melayu di Kampung Pantai Kundor, Pantai Tanah Merah dan Kerpan tidak dianggap mencabul dan mengkhianati ketuanan Melayu? Mengapakah rancangan kerajaan untuk meminda akta berhubung tanah rizab Melayu tidak mendapat tempat di dada-dada akhbar?

Mengapakah tindak-tanduk kerajaan Mahathir yang terus memperlecehkan bahasa Melayu tidak dianggap sebagai mencabar ketuanan Melayu?

Insaflah wahai media pengampu! Janganlah kuman di seberang laut dapat dilihat, tetapi babi di depan mata pura-pura tak tahu!

oleh pembaca MAHAFIRAUN 2020
10 JULAI 1999

http://members.tripod.com/mahafiraun