PAS FAQ - RUANGAN SOAL JAWAB 
Kemaskini : 02/06/99 Rabu
 
Temubual Dengan Subky Latif - AJK PAS Pusat 
  

Apa PAS akan lakukan jika dapat memerintah Malaysia? 
Untuk PAS memerintah Malaysia memerlukan 2/3 kerusi dan..
Bagaimanakah PAS akan menangani masalah murtad yang berleluasa di Malaysia ?
Apakah manifesto PAS ?
Saya selalu berdebat dengan orang kuat UMNO yang mengatakan dia tidak percaya PAS boleh memerintah Malaysia.

Soalan: 
Apa PAS akan lakukan jika dapat memerintah Malaysia ? 

Jawapan: 
PAS akan pulihkan keyakinan rakyat terhadap isu keadilan, kembalikan kedaulatan undang-undang, batal atau pinda undang-undang yang zalim, banteras rasuah dan penyelewengan, perkenal kebaikan dan keadilan Islam, kebebasan bersuara dan berkumpul imbangi pembangunan kebendaan dan rohani, pendidikan dan rawatan percuma dan lain-lain. 
  

Soalan :  
Untuk PAS memerintah Malaysia memerlukan 2/3 kerusi dan ini adalah mustahil kerana PAS tidak akan mendapat kerusi sebanyak itu melainkan bergabung dengan parti lain ? 

Jawapan :  
Untuk membentuk kerajaan memadai ‘simple majority’ tidak perlu 2/3. Jika diperlukan PAS boleh mendapatkan sokongan mana-mana pihak atas perkara yang dipersetujui bersama seperti keadilan, anti-rasuah, kerajaan bersih dan lain-lain. 
  

Soalan :  
Bab 3 Perlembagaan Persekutuan menyatakan kebebasan beragama. Bagaimanakah PAS akan menangani masalah murtad yang berleluasa di Malaysia ? 

Jawapan :   
Islam menjamin kebebasan beragama dan tidak ada paksaan kepada bukan Islam. Isu murtad sudah jadi isu keselamatan dan ia boleh diselesaikan melalui penjelasan, dialogserta mengadakan peraturan yang adil, difahami dan dihormati oleh semua. 
  

Soalan :   
Apakah manifesto PAS ? 

Jawapan :  
Manifesto PAS sedang digubal tetapi strateginya adalah pro rakyat. 

Soalan :   
Saya selalu berdebat dengan orang kuat UMNO yang mengatakan dia tidak percaya PAS boleh memerintah Malaysia. Jadi apakah yang perlu saya buat untuk meyakinkan mereka tentang kewibawaan PAS ? 

Jawapan :  
PAS mulai disertai oleh golongan profesional dan kakitangan kerajaan. Tokoh-tokoh UMNO seperti Dato’ Onn, Tunku Abdul Rahman, Aziz Ishak  dan Tengku Razaleigh berkawan dan berdamping dengan PAS apabila masing-masing bermasalah dengan UMNO. Paling akhir bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato seri Anwar Ibrahim mula merujuk kepada PAS. 
 

 
 
 

 


home | Dewan Ulama' | Dewan Pemuda | Dewan Muslimat | search 

Beritahu Kami Cadangan Anda! webmaster@parti-pas.org 
Masalah Teknikal? webmaster@parti-pas.org 
Parti Islam Se Malaysia (PAS)   +   Markaz Tarbiyyah PAS, Lrg Hj Hassan, Tmn Melewar,   +   68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia  
Phone: 603-6899296   +   Fax: 603-6869618  +   E-mail: webmaster@parti-pas.org