DATO' KAMARUDDIN JAAFAR MASUK PAS !!!






21 Julai 1999, Tanjung Kuala, Tumpat:

    Bekas Ketua UMNO bahagian Tumpat, Dato' Kamaruddin Jaafar, malam tadi telah membuat satu pengisytiharan   menyertai PAS di hadapan rakyat Tumpat.  Beliau membuat pengisytiharan tersebut di depan YB Dato' Presiden PAS dan Mursyidul AM PAS. Pengumuman beliau tersebut telah disambut dengan laungan takbir oleh para penyokong PAS yang hadir. Semasa berucap dalam ceramah tersebut, beliau menegaskan bahawa sudah tiada ruang lagi dalam UMNO untuk melaksanakan Islam.  Semua pimpinan UMNO mesti mengikut telunjuk Mahathir jika ingin terus kekal di dalam UMNO atau menghadapi kemungkinan dipecat jika ingkar arahan Presiden.

Sekian.
Tadahan Wahyu