logo4.gif (3458 bytes)
.
Suara Reformasi Rakyat
RM 4.50 Semenanjung
RM 6.00 Sabah/Sarawak
url.gif (1734 bytes)
.

line.gif (4491 bytes)

Web Design From RM1250    Syarikat Al Haj (M) Sdn Bhd

[ Main Page ]

‘Di Kandang Orang Salah’
(ilham dari Fadzil Noor)  

Hari ini ada orang tertuduh
Bebas bersuara
Tiada gentar tiada rasa bersalah walaupun
dia dikurung dalam tembok tebal
diasingkan dari sebarang sumber media  

Hari ini ada orang berkuasa
Resah dan marah
Menuduh orang menyekat kebebasannya walaupun
dia bebas merdeka berkuasa apa saja
dan semua media patuh perintahnya

lalu apabila dia berucap di perhimpunan itu
tanpa disekat, malah dibebaskan langsung di TV
menghamburkan cerita kejahatan demi kejahatan
sang tertuduh yang sedang diadili dan
dipenjara. Anehnya, orang yang menonton
nampak dia seperti sedang cemas membela diri
di kandang orang salah

Anehnya
sang tertuduh yang langsung tanpa media
orang dari seluruh dunia membaca tulisannya
mendengar dia bercerita
tentang kezaliman demi kezaliman
- Bagaimana mungkin ini terjadi?
fikir orang berkuasa itu, kebengongan
- Bagaimana lagi mesti diketatkan kawalan?

Barangkali itulah sebenarnya ‘surprise’
yang dijanjikan untuk perhimpunan itu  

DINSMAN

(Dibaca kali pertama di majlis perasmian keADILan bahagian Titiwangsa, Desa Pandan, Kuala Lumpur, 25 Jun 1999; dan kali kedua esoknya di majlis pelancaran buku "Kronimania" karya Zunar, di kompleks Galleria, Kuala Lumpur.)

[ Main Page ]

(Salinan elektronik artikel pada laman ini untuk edaran newsletter, mailing list dan sebagainya hendaklah disertakan dengan makluman tentang tajuk majalah ini,  bulan diterbitkan dan alamat laman web rasminya)

line.gif (4491 bytes)

  ..

[ Detik Keluaran Lepas ][ Editorial ][ Email ][ Maklumbalas ][ Borang Langganan ]
[ Buku Penerbitan Pemuda ][ Sign Detik Guestbook | View Detik Guestbook ]

Penerbitan Pemuda, 24G, Jalan 4/21D, Medan Idaman, Gombak, K.L.
Tel: 03 463 0371, Faks: 463 0372

Selamat Datang ke www.majalah.com
button.gif (2574 bytes)