SEPANDUK PAS BUKAN PARTI ISLAM AKAN DITURUNKAN

18 Julai 1999:

    Mesyuarat Badan perhubungan PAS Kelantan memutuskan supaya tindakan diambil agar kain rentang yang dinaikkan oleh zabidi dan kuncu-kuncunya diturunkan.  Sehubungan itu, Ketua Keselamatan JPN PAS Kelantan, Ismail Yaakob (Pak Su Wil) telah diarahkan oleh BPP supaya menurunkan sepanduk tersebut.. Menurut maklumat, Pak Su Wil bersama dengan beberapa orang ahli BPP yang lain akan terlebih dahulu membuat laporan polis di Balai Polis berdekatan (Nilam Puri) sebelum memulakan tindakan menurunkan kain rentang tersebut...

    Keputusan tersebut dibuat kerana ia melibatkan ahli parti yang menyalahgunakan lambang parti (bulan) untuk memburuk, merosakkan dan menjejaskan imej parti.  Perbuatan ahli PAS tersebut adalah menyalahi perlembagaan parti  (sila rujuk Perlembagaan PAS).

Sekian.
Wassalam