BICARA DALAM BICARA

Bicara 1 - Pasal Sukma

Perbicaraan terhadap Sukma sedang berjalan. Begitu juga terhadap Azmin. Bagi Hakim Arifin Jaka, 
keterangan oleh Majistret mengenai  pengakuan tanpa paksa oleh Sukma boleh  diterima pakai sebagai  bahan
kes pihak Pendakwa. 

Entahlah........... dada saya terasa begitu sebak sekali bila mengikuti berita perbicaraan ini. Sebak bukan kerana kasihan terhadap nasib yg sedang menimpa Sukma, tetapi sebak kerana ramai di kalangan kita ini begitu mudah untuk diletakkan di kandang tertuduh dengan berbagai cara yg halal di sisi undang-undang. Maka kita yg jahil tentang undang-undang ini lambat laun kemungkinan akan menerima nasib yg sama. Manakalaproses utk memanipulasi undang-undang ini akan terus diperlakukan oleh mereka yg arif mengenai selok-beloknya...........

Kasihan Sukma........ dia tidak dapat berbicara dalam perbicaraan yg membicarakan dia...........
 
 

Bicara 2 - Pasal Awang Sulung

Al-Kisah si Awang Sulung telah mengucapkan tahniah terhadap Rustam A. Sani kerana terpilih sebagai salah
seorang Naib Presiden PRM. Di hujung  bicaranya, si Awang Sulung menyatakan bahawa dirinya sendiri tidak
berparti. Akan tetapi kita semua tahu bahawa lenggok bahasa Awang Sulung selama ini adalah mengikut rentak
zapin UMNO..............

Bicara 3- Pasal Kemiskinan di Kelantan

Bila membaca bahagian ke 4 laporan mengenai kemiskinan di Kelantan dalam Utusan, serta mendapat satu e-mail
dari seorang hamba Allah yg mempunyai nada rentak UMNO mengenai komen saya " Utusan...oh...Utusan", sayaterpanggil utk menyatakan bahawa:-

i) Kemiskinan di Malaysia ini bukan hanya terdapat di Kelantan. Pergilah ke ceruk kampung sana. Masih ramai
lagi orang Melayu yg miskin. Yang tinggal di tengah bandar pun, ramai yg berstatus setinggan. Pandulah dari Puchong ke Shah Alam, dari Cheras ke Pandan, danlain-lain tempat. Yang  mendiami SETING GARDEN
(kependekan setinggan) adalah orang Melayu. Cubalah telefon Pegawai Penyelaras Setinggan di setiap negeri
(dilantik oleh UMNO). Sudah pasti mereka mempunyaidata berkenaan jumlah setinggan. Jadi.......kenapa
hanya sibuk di Kelantan?

ii) Orang miskin juga terdapat di Pahang. Cuba anda pandu kereta ke Pahang Barat. Dalam Kawasan Temerloh ,
Mentakab, Jerantut, dan terus menyusur Sungai Tembeling. Anda pasti terjumpa dengan kanak-kanak sekolah yg menaiki rakit utk kesekolah. Saya sendiri kini adalah sebahagian dari orang Pahang (telah bersemenda dengan orang Pahang). Untuk tempoh sepuluh tahun yg lepas, kemajuan di Pahang adalah sepuluh tahun terkebelakang dari negeri-negeri di Pantai Barat. Saya pernah minum air sungai, tatkala projek mega baru dimulakan. Ketika kita memandu dengan laju di PLUS Highway, ramai lagi anak bangsa kita di kawasan yg saya nyatakan yg masih meredah semak dan belukar, berjalan di atas jalan merah yg berdebu atau lecak, menaiki rakit ke seberang sungai, minum air sungai , dan bercahayakan lampu gasolin. 

iii) Kalau anda ke Sabah , jalan besar hanya di bandar besar. Selepas Pekan Beaufort, anda akan melalui jalan
laterit dan gravel, silap-silap cermin kereta anda pecah terkena batu, dan selepas 2 hari, pinggang anda akan sakit kerana jalan yg tidak rata.

iv) Kalau anda ke Sarawak, lebih mudah menaiki bot atau kapal terbang. Kalau menggunakan jalan raya, sekali lagi pinggang anda akan sakit..............    

Jadi............... kenapa hanya fokus di Kelantan?(Kawasan DUN PAS) Kenapa tidak fokus di kawasan Jeli
dan Gua Musang? Apa jasa Ku Li dan Mustapa? 

Bicara seterusnya

Kemiskinan di Pahang...............insyaallah......akan menyusul.
 

Salam kemesraan

Wassalam

PAK ENGKU