PAS MENANG BUKAN MELAYU PERINTAH ?

KOMPOSISI KERUSI PARLIMEN MALAYSIA 

                Jumlah Kawasan Parlimen                 : 192 

                Kawasan Majoriti Melayu                 : 131 
               Kawasan Majoriti Bukan Melayu      :  61 

  
  

Analisa : 

1.   Pembahagian dan persempadanan kawasan pilihanraya di Malaysia masih lagi memihak kepada "Ketuanan Melayu". Oleh itu tidak timbul DAP atau bukan Melayu akan memerintah sekiranya PAS menang dalam Pilihanraya akan datang. 

2.   PAS dan UMNO akan bertanding dikawasan yang majoritinya Melayu oleh itu jika PAS menang maka yang menang itu Melayu begitu juga sebaliknya jika UMNO menang maka yang menang itu juga Melayu. Oleh itu tidak timbul masalah orang bukan Melayu mengambil alih kawasan Melayu. Maka ketuanan Melayu dari sudut ini masih terpelihara. 

3.   MCA, MIC, GERAKAN dan DAP pula hanya akan bertanding dikawasan majoriti Bukan Melayu. Oleh itu tidak timbul soal mereka akan mengambil alih kerusi majoriti Melayu. Jika keseluruhan mereka ini bergabung sekalipun mereka masih lagi tidak dapat membentuk sebuah kerajaan kerana ianya hanya mewakili 61 kerusi daripada 192 kerusi parlimen. oleh itu mereka masih tidak boleh memerintah. 

4.  Keadaan yang paling buruk yang mungkin berlaku ialah di mana PAS dan UMNO memenangi kerusi hampir sama banyak daripada 131 kerusi majoriti melayu yang dipertandingkan. Namun begitu jika keadaan ini berlaku maka PAS atau UMNO masing-masing akan mendapat sekitar 65 kerusi masing-masing. Jumlah ini adalah melebihi daripada kerusi yang dimiliki oleh kerusi majoriti bukan Melayu. Oleh itu tidak timbul langsung masalah kalau PAS menang maka bukan melayu akan memerintah negara ini. 

5.   DAP sendiri mengakui bahwa mereka tidak dapat memerintah Malaysia dan hanya mampu memenangi  paling banyak hanya 30 kerusi sahaja oleh itu tidak timbul soal DAP hendak memerintah Malaysia. 
  

Analisis ini jelas menunjukkan kedudukan sebenar orang melayu dalam pilihan raya akan datang. Oleh itu tidak perlu dirisaukan tentang "Jika PAS menang DAP akan memerintah". Semua itu karut marut belaka dan formula matematik mana yang dipakai. Malahan jika PAS menang maka kerusi majoriti Melayu akan bertambah kerana UMNO dan BN selama ini telah menganugerahkan kepada bukan Melayu beberapa kerusi secara percuma seperti di Labis yang diwakili oleh Ling Liong Sik, Gelang Patah oleh Teu Si , Pontian yang diwakili oleh Ong Ka Ting dan  Selayang diwakili oleh Chan Kong Choy .Semua kerusi ini diserah kepada bukan Melayu oleh itu PAS akan meletakkan calon untuk kawasan-kawasan tersebut,  dengan ini kerusi yang dimiliki oleh orang Melayu semakin bertambah dan bukan berkurangan seperti yang didakwa oleh UMNO dan BN. 
  

PAS KAWASAN PARIT, PERAK