UMNO Sudah Terlalu Takut dan Gerun 

Olih Ustaz Haji Suffian Mansor al Hafiz 
Mon Jul 5, 1999 

Bercakap seorang vetren politik disebuah kampung, "UMNO sudah terlalu TAKUT dan GERUN". Maka bertanya pula rakannya, "Kenapa dan bagaimana?" 

Maka menjawab seorang yang saban hari berbicara menyemak sepak terajang UMNO/BN,
"Ya, UMNO terlalu TAKUT dan GERUN dengan kesan-akibah ceramah-ceramah penerangan
yang dilaksanakan oleh komponent Barisan Alternatif". 

Seterusnya, maka terhurai dan terungkailah beberapa fakta yang selama ini disembunyikan UMNO, Mahathir dan Perhimpunan UMNO diPWTC. 

Hematnya, walaupun ceramah-ceramah PAS, ADIL PRM dan komponen Barisan Alternatif
tersebut tidak lebih dari majlis-majlis berbentuk "Pemimpin Bersama Rakyat" semata-mata,
bertujuan untuk memberi penerangan secara terbuka mengenai sesuatu yang BENAR; namun ceramah-ceramah seperti itu telah ratusan kali dicegah tidak diberi permit oleh polis. Ini adalah arahan Kerajaan Mahathir. Kini kerajaan Mahathir itu juga menegah "Sembahyang Berjamaah" pula. Bukan setakat menyerang ceramah-ceramah itu sebagai propaganda kosong, ketakutan mereka lebih ketara bila rakyat mengadu kepada Allah SWT. Apakah tidak cukup kerajaan UMNO menggunakan TV, akhbar pro Kerajaan berpropaganda "kosong" malah hingga sanggup pula BERBOHONG? 

Ceramah-ceramah memang sentiasa mendapat sambutan hangat oleh ratusan ribu rakyat
diserata pelusuk tanahair. Melaluinya, Rakyat dapat faham dan maklum kini sejauh manakah mereka telah ditipu dan dibohongi oleh pemimpin yang menerajui Kerajaan Mahathir yang kian DIKTATOR. Melalui penerangan terbuka begitu, Rakyat tahu bagaimana KEADILAN kini terhakis akan terhapus, ekonomi negara sedang dirompak oleh kroni-kroni Mahathir dan bagaimnana para menteri dan wakil-wakil mereka yang sekongkol mewujudkan KONSPIRASI mengenyangkan tembolok masing-masing. Segala-gala itu dilakukan atas nama Pembangunan, Kemajuan, tanah rakyat dirampas dan dinilai rendah, wang Tabungan rakyat dipergunakan kununnya untuk membiayai belanja pembangunan menuju 'alaf baru dengan Wawasan 2020. Segala-galanya diputarbelitkan dengan perkataan-perkataan yang ganjil-ganjil. 

Untuk itu, kununnya pelbagai rancangan disediakan, pelbagai pindaan dilakukan kepada
sistem di negara ini. PENGKOPRATAN dijadikan asas pentadbiran kerajaan Mahathir. Tetapi akhirnya saham-saham terbitan diageh-agehkan kepada para menteri-menteri dan sesama kroni. Kemudian mereka menjual semula dengan untung berbilion-bilion ringgit. Sementara itu TNB dan Talikom sudah tukar milik. Maka ditempatkan orang-orang lantikan kuncu-kuncu dan suku-sakat Mahathir dan anak-beranak. Rafidah Aziz bermewah-mewah melanggar peraturan dan dasar Kementerian nya dengan membahagi-bahagikan saham berharga 'at par' kepada menantunhya secara RASUAH, dan difaraitkan lah sesama sendiri sebagai kaedah mengaut untung berpuluh juta. 

PENDIDIKAN diswastakan. Berakhirlah dengan puluhan kroni-kroni Mahathir dan Daim diberi lesen franchais dengan kelulusan beroperasi mengikut yuran yang berlipat ganda. Rakyat dipaksa berhutang berpuluh-puluh ribu membiayai. Sementara itu, anak-anak para
wakil-wakil rakyat dam kroni bisnis puak UMNO dan BN mengaut keuntungan tanpa
mempedulikan kualiti pendidikan rakyat yang dahagakan ilmu. Tiap-tiap tahun, puluhan ribu anak-anak rakyat tersadai dinafikan hak melanjutkan pelajaran ke peringkat Universiti. Tapi Najib Tun Razak sanggup melacurkan Dasar Pendidikan amanah arwah ayahnya yang pernah menjadi Menteri Pelajaran sewaktu Najib masih bayi lagi. Sedangkan hutang masing-masing rakyat yang tertindas kian bertambah, malangnya surat ugutan saman hutang dari jabatan berkenaan telah berkali-kali datang. 

Kesedaran Politik Rakyat 

Senario inilah yang amat menyedihkan rakyat hingga sanggup berbondong-bondong
mendengar ceramah para penceramah Barisan Alternatif. Mereka menderma dengan ikhas
sebagai tanda terima kasih dan dukungan. Itu lah cara mereka merestui wujudnya kesedaran politik dikalangan pemimpin Barisan Alternatif. 

Sehubungan dengan itu, Mahathir dengan segala kuasa yang dianugerahkan oleh 2000 wakil UMNO yang sanggup mem'Vito' pandangan dan rungut 2 juta (kununya) penyokong UMNO (jumlah ini sudah diragukan kebelakangan ini), berkali-kali mendabek dada bahawa dia punya 'prerogatif' berbuat apa saja semahu hati. Sekali lagi, rakyat dan 2000 wakil UMNO menipu 2 juta penyokong UMNO. Tapi Mahathir, UMNO/BN tidak sedari bahawa 20 juta rakyat sudah tahu kini siapakah "belukang" dan "talibarut dan barua" itengah-tengah masyarakat mereka yang berusaha keras menyempitkan hidup dan menggelapkan masa depan rakyat. 

Apabila rakyat dihidang maklumat dari sebaran awam (maklumat dan perbicangan di TV,
akhbar, road-show UMNO - kununnya atas kebaikan dan keprihatinan BN); maka segala
"pekong membusuk" ini tidak pernah dibuka. Apa yang sebenarnya berlaku ialah: kerana
rakyat diugut dan akan dizalimi sekiranya membantah; maka rakyat dipaksa membebani
tanggungan hutang beratus-ratus billion (bakal dibayar oleh generasi akan datang). Hak
asasi mereka bersuara terhapus. Sebarang demo dianggap haram dan wajar anak-anak
rakyat yang berilmu ditendang terajang, dipukul tak ubah seperti haiwan. 

Apakah ini yang dikatakan sebuah Kerajaan berhemah yang bertoleransi dan demokaratik?
Malah makin ternyata dengan jelas bahawa Kerajaan ini sedang menjahi diri dari rakyat.
Mereka terbayang bagaimana pertempuran Medan Tienanmen di China sewaktu pemuda Cina membantah kekejaman Deng Xio Peng. UMNO/BN telah engkar dengan janji. 

Maruah Dijual Murah 

Rais Yatim, Tengku Razaleigh Hamzah dan kuncu Parti Semangat 46 yang telah terkubur
(mereka itu lah yang mengkuburkan sendiri atas hasrat inginkanan kedudukan dan kekayaan) semudah itu telah berpaling tadah dan sanggup mengkhianati prinsip politik, prinsip diri, prinsip kenegaraan, dan membunuh prinsip-prinsip Keadilan rakayat - kini bersama UMNO,dengan memusnah prinsip menegakkan demokarasi yang kununnya menjadi prinsip perjuangan. Mereka kini menjilat ludah!! Alangkah kotor lidah mereka!! 

Hari ini terdengar Rais Yatim, Tengku Razaleigh Hamzah dan kuncu Parti Semangat 46
terlalak-lalak ke sana sini menjadi "perkakas" oleh Mahathir dan UMNO. Mereka sanggup
hilang maruah, terjual diri begitu murah dan hina dengan mengatakan Barisan Alternatif
gabungan Pembangkang (yang sudah nekat bersatu padu), sebagai pengamal politk
"Bermusim". 

Disinilah mereka kesasaran, dungu lagi bebal, bodoh sombong tak boleh diajar lagi. Sahlah
mereka salah baca petanda jelas bahawa "Rakyat sudah Menolak Kerajaan UMNO/BN -
Barisan Nasional". Malangnya "Tuan" mereka: Dr. Mahathir, yang sudah sewel tidak akan
memberi "belukang-belukang politik Katak" ganjaran apa-apa. Kerana atas sokongan mereka membabi buta sekali gus meningkatkan kebongkakan Mahathir hingga menyebabkan Mahathir menganggap mereka itu "Kaldai Politk" yang sedang dihanyutkan oleh Mahathir. Jika itu yang maklumkan kepada rakyat yang sudah 'celik politik', PASTI Rais Yatim, Tengku Razaleigh Hamzah dan kuncu Parti Semangat 46 akan nasib malang sekali lagi. Tapi kali ini rakyat sendiri akan menghumbankan mereka disudut ceruk politik tanahair sebagai "non-performer". 

Apakan daya, mereka itu tidak sehebat DS Anwar Ibrahim yang sanggup berjuang kerana
yakin diri. Andai nya mereka melawan 'taukeh', akan senasib pula dengan DS Anwar -
dituduh dengan yang bukan. Apatahlagi mreka adalah diantara orang-orang pernah
mengamal RASUAH secara terang-terang semasa dalam kerajaan dulu. 

Yang jelas, mereka yang sepatut dan selayaknya menasihat Mahathir dengan kata-kata dan prinsip yang betul dan benar akan dibalas dengan "dendam-kesumat". Mahathir memang sedia sanggup membongkar kes-kes Korapsi dan salah guna wang rakyat sewaktu mereka dalam kerajaan dulu. Misalnya, Rais Yatim memang pernah terlibat dengan kes rasuah penjualan tanah kerajaan semasa jadi MB Negeri Sembilan. Ku Li pernah terlibat secara ketara dalam kes penyelewengan melibatkan kerugian wang BMF tidak kurang dari RM2.0 billion bersama-sama kroninya Rais dan Esme Lorraine di Hong Kong. Selaku Menteri Kewangan. fail-fail mereka masih dibuka dan "blackmail" Mahathir masih sah diperlakukan (jika dia mau). 

Janganlah disebut lagi berapa jumlah wang para menteri UMNO yang rata-rata tersimpan
dalam dan luar negeri. Ini semua hanya diketahui umum melalui pembongkaran maklumat di ceramah. Maklumat di internet yang TIDAK pernah disangkal oleh mereka yang berdosa
kepada rakyat itu menunjukkan bahawa perkara itu adalah benar-benar menjadi persoalan yang bermain difikiran rakyat!! 
 

Apa yang kita akhirnya tahu, SUKOM memberi sumber kekayaan kepada General bersara
Hashim Mohd. Ali, sedangkan rakyat merengkok menanggng hutang bertahun-tahun
kerananya. Zaleha Mohd. Ali (ipar Mahathir) diagehkan kontrak supply dan pembinaan KLIA dengan mengaut untuk "atas angin". Sedangkan lapangan terbang KLIA kerugian berbilion. Kedua-dua mereka tidak ada kepakaran dalam urusan di bidang itu. Selama ini mereka hanya 'penadah tempurung'. 

Mengapa tidak dipersoalkan dalam Forum-forum UMNO/BN di kaca TV dan akhbar serta
dalam ucapan Mahathir yang meleret-leret di Perhimpunan UMNO tentang ketepatan masa dan kesesuaian seorang Perdana Menteri Malaysia untuk didudukkan disebuah Mahligai berharga RM200 juta lebih, dan terbang dengan Jet baru serba canggih? Sementara itu, rakyat merengkok dengan ekonomi yang sedang yang merundum kerana keborosan Perdana Menteri yang itu? Mengapa ribuan setinggan di pinggir kota yang menanti dirobohkan oleh pihak berkuasa tempatan demi memberi laluan kepada pemaju perumahan (kroni UMNO/BN) yang sentiasa merancang siang malam mengaut untung ribuan juta? Atau, menasabahkah seorang Perdana Menteri terbang percuma atas tanggungan rakyat dengan sebuah Jet Canggih - sementara rakyat berbasikal usang mengangkut padi dari sawah, atau kelapa sawit dari ladang? 

Inilah yang menjadi kandungan dan maudhuk ceramah-cermah PAS, ADIL, PRM dan DAP..!! Apakah di masalah, kemiskinan dan rungutan rakyat seperti itu dikatakan "Bermusim"? 

Memang, pada hematnya, masalah dan rungutan rakyat itu - sepanjang 18 tahun Mahathir berkuasa, acap ditafsirkan oleh puak UMNO dan kerajaan Barisan Nasional "tidak lebih" dari janji-janji KOSONG yang harus dan layak di 'sebut' secara BERMUSIM pada setiap kali Pilihanraya Umum diadakan. Tetapi bagi rakyat dan Parti Pembangkang (kini diberi nama oleh rakyat sebagai Barisan Alternatif dokongan rakyat) - maudhuk inilah menjadi ucapan dan tuntutan mereka di Parlimen setiap kali bersidang!! Malangnya puak UMNO dan kerajaan Barisan Nasional menafikan tanggungjawab itu. 

Taukeh BABI, Taukeh JUDI 

Penyakit sudah menular keliang roma masyarakat Melayu dan Islam. MB Negeri Sembilan
(orang kuat UMNO) terlibat dengan sahih dan ketara membiakkan perusahaan KHINZIR/BABI di negeri itu hingga menjadi negeri itu Pusat Ternakan BABI terbesar selepas Taiwan! Berlumba-lumbalah dengan rasa negeri-negeri lain (Perak dan Selangor) menyaingi Negeri Sembilan. Akhirnya, ratusan rakyat ditimpa malapetakan Allah SWT. Gejala "JE" khas diturunkan Allah dan di beri nama pula "Nipah" bersempena hawar itu hanya wujud di kawasan Sungai Nipah, di Negeri Sembilan..!! 

Baru kini di ketahui umun bahawa dilantik pula bekas KPN Haniff Omar oleh Taukeh Judi
terkaya di Tenggara Asia (Lim Goh Tong). Dan atas restu dan persetuju Mahathir
Mohammad - di kurniakan pula anugerah Tan Sri atas jasa Haniff Omar memelihara
keunggulan Pusat Judi itu. Melarut-larutlah kini, Haniff secara terbuka menafikan "Dalam
Al-Quran tidak terjumpa sebarang ayat yang mengharamkan judi..!!". 

Kalau dicari perkataan "Judi di Genting Highland" memanglah tidak ada dalam al-Quran.
Malang sekali, tidak ada seorang ulamak pun dari puak UMNO yang menyangkal atau
memperbetulkan kesalahan tafsiran si 'penyeleweng' atau seorang muslimin yang telah
menyeleweng itu. Tidakkah ini bermakna Ulamak UMNO sudah sanggup menukar ayat
Al-Quran kerana takut dibelasah polis? Seramai ini mufti dan pakar rujuk yang dibayar gaji
berjuta oleh kerajaan UMNO/BN - apakah sumbangan mereka untuk memperbetulkan yang
salah? 

Maka berceramahlah ulamak PAS. Tetapi talibarut UMNO seperti Rais Yatim dan Siti Zaharah Sulaiman dengan lantang mengatakan PAS mengenengahkan sentimen ugama untuk tujuan politik. Tidakkah mereka juga penyokong seanutan dengan Tan Sri Haniff Omar? Itu lah dia para pemimpin dan ulamak UMNO yang sewaktu dengan Mahathir. 

Mahathir MenSEKULARkan Islam 

Tapi bagi rakyat yang sudah celik politik (hari ini baru celik), PAS dan Ulamak PAS telah
bersedia dan sanggup menjadi ulamak ALTERNATIF. Ini semata-mata kerana kedayusan,
kebebalan, kebobrokan ulamak UMNO semata-mata yang menukar ganti ayat-ayat Allah
dengan ringgit dan sen. Rakyat sudah tidak tahan dan rimas dengan Pusat Islam dan JAKIM yang membisu. Mereka sudah jemu dengan IKIM yang menjadi Pusat Dakwah "sekular" Mahathir yang sudah nampak jelas berhasrat bermati-matian menyelewengkan Islam dari tampok kesuciannya. 

Begitu juga kaum Cina dan India. Mereka sudah bosan dengan berlarutnya pertengkaran
yang tidak berfaedah dalam UMNO hingga membuang masa dan tenaga kerana
mempertahankan kewibawaan Mahathir seorang hingga maruah Barisan Nasional
hancur-lebur. Kini mereka sudah celik. Mereka melihat Kelantan sebagai negeri contoh.
Di sana saudara mereka hidup dengan tenang dan aman. Mereka juga sudah membuat
keputusan secara diam-diam. Kesannya, akan hancurlah Barisan Nasional. 

Hilang Yakin Terhadap Mahathir 

Rakyat sudah hilang yakin bahawa Mahathir benar-benar seorang penganut 'Sunnah wal
Jamaah' dengan meragui kesahihan Hadis dengan mengemukan keraguan di Perhimpunan
UMNO bahawa "Hadis dibuat untuk kepetingan orang tertentu". 

Mahathir sendiri pernah mengakui di IKIM bahawa beliau "tidak pernah membaca al-Quran dalam bahasa Arab kecuali dalam Inggeris dan Melayu". Jika begitu, sahlah Mahathir bukan seorang ulamak Islam dan tidak layak mentafsir sebarang ayat al-Quran; kerana al-Quran tidak diturunkan Allah SWT kepada Muhammad SAW (yang pernah diperseda oleh Mahathir) dalam bahasa Melayu atau Inggeris. Nabi SAW hanya mengiktiraf orang-orang bertaraf "ulamak" untuk memanjang-manjangkan seruan Allah. Pastinya, Mahathir tidak tergolong langsung kedalam "kelompok Ulamak". Beliau tidak lebih dari seorang 'penghasut bebal" yang paling dangkal ilmu ugama. 

Dengan itu, kerana ulamak PAS yang arif dalam bidang ilmunya - tidak mahu subahat; atas sebab mereka sayangkan ugama yang dibawakan Nabi SAW (yang pernah dipersenda oleh  Mahathir Mohammad Iskandar); maka tampillah mereka menerangkan kepada umat Islam yang mahu kepastian dalam ceramah di serata desa. 
Apakah itu "Kempen Bermusiam" berbau politik? 

Rakyat (termasuk 2 juta ahli UMNO) tertunggu-tunggu Hamid Osman dan para general dan leftenannya, termasuk seorang Brigadier General di Pusat Islam dan JAKIM atau IKIM untuk membantah kata-kata Mahathir mempersenda Nabi itu. Atau Yusof Nor yang pernah menhyeweng wang zakat Baitulmal Wilayah Persutuan dan Wan Mokhtar Ahmad yang diberita fasih dengan ilmu ugama layak membaiki 'kesalahan besar' Mahathir - malangnya "takut, kecut, sorot kebelakang" untuk tampil. Mereka sanggup subahat bersama Mahathir mempersenda Nabi. 

Ketahuilah oleh mu wahai Hamid Osman dan para Generalnya termasuk seorang Brigadier
General di Pusat Islam dan JAKIM atau IKIM, atau Yusof dan Wan Mokhtar Ahmad dan
ratusan ulamak UMNO yang dibiayai rakyat untuk mengangkat Islam di negara ini;
perbetulkan lah pedoman hidup mu.