DEKLARASI KONVENSYEN PEMUDA MALAYSIA

FEDERAL HOTEL - 11 JULAI 1999

 

Menyedari dan menginsafi bahawa

 

 

MAKA, KONVENSYEN PEMUDA MALAYSIA PADA 11 JULAI 1999. BERTEMPAT DI HOTEL FEDERAL KUALA LUMPUR MEMUTUSKAN BAHAWA

 

  1. Seluruh lapisan pemuda dan Belia Malaysia bertekad dan beriltizam menunjangi dan mendepani gerakan arus perdana untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional melalui pilihanraya. Keperluan menggantikan kepimpinan yang ada dengan sebuah kepimpinan yang bersih, telus dan bertanggungjawab amat mendesak, malahan sudah terlalu genting.
  2.  

  3. Pemuda dan Belia Malaysia menyeru dan menggesa seluruh lapisan masyarakat, dari setiap kategori pekerjaan, kumpulan dan etnik untuk bersama-sama arus perdana ini untuk menolak Barisan Nasional melalui pilihanraya. Berteraskan prinsip dan lunas-lunas demokrasi, seluruh rakyat akan digembelingkan demi merealisasikan matlamat dan hasrat bersama.
  4.  

  5. Pemuda dan Belia Malaysia menegaskan bahawa seluruh rakyat menolak serangan pemikiran kerajaan Barisan Nasional melalui media-media massa. Perbuatan memutar-belit, menipu, memfitnah dan membohongi rakyat, yang telah, sedang dan akan dilakukan sangat perlu dihentikan segera. Perbuatan memperkosa, melacurkan dan menyelewengkan Media-Media Massa sebagai sebuah institusi awam, adalah perbuatan yang sangat tidak bertamadun dan dikutuk sekeras-kerasnya. Rakyat perlulah membina benteng pertahanan daripada dipengaruhi oleh dakyah-dakyah kerajaan BN.
  6.  

  7. Pemuda dan Belia Malaysia bersedia mempertahankan segala kekuatan dan keupayaan hatta NYAWA sekalipun, demi mempertahankan dan memelihara kedaulatan dan kemerdekaan Negara. Segala dakwaan, tuduhan dan tohmahan melulu yang dilemparkan kepada Barisan Alternatif sebagai agen penjajahan disangkal sekeras-kerasnya. Segala rekaan dan tuduhan jahat ini sebenarnya telah subur dan merebak dalam kepimpinan Barisan Nasional. Hal ini membayangkan bahawa mereka semakin gentar dan takut kepada bayang-bayang sendiri.

 

Justeru itu, deklarasi konvensyen ini, akan disuburkan dan diberi pengupayaan untuk menjadi nadi yang mendenyut dan menggerakkan seluruh urat saraf gerakan yang didepani oleh Pemuda Malaysia.

 

-SEKIAN-