Monifesto sedang dirangka bersama gabungan Parti Alternatif.

11 Julai, Kuala Lumpur. YB Dato' Hj Fadzil Mohd Noor dalam Ucapan Perasmiannya menyentuh tentang manisfesto yang akan dikeluarkan dalam pilihanraya nanti. Menurut beliau, Parti Alternatif sekarang sedang merangka manifesto bersama untuk pilihanraya akan datang. Antara perkara yang akan ditimbulkan ialah pengekalan biasiswa untuk pelajar universiti dan hospital tidak akan di korporatkan. 

Disamping itu akta yang zalim seperti ISA akan dihapuskan dan banyak akta-akta lain yang akan dikaji semula. YB. Dato'. Hj Fadzil M Noor menyatakan janji tersebut semasa merasmikan  Konvokesyen Pemuda Malaysia di Federal Hotel . 

Menurut beliau lagi sekiranya parti Alternatif memenangi pilihanraya pada kali ini, ahli akademik di Universiti-universiti tidak akan dikongkong daripada memberikan pandangan mereka. Ini kerana selama ini mereka telah dinafikan hak mereka untuk turut sama memberikan pandangan bagi membangunkan negara sekiranya. Bukan untuk mengampu kerajaan tetapi untuk kebebasan ilmu kepada masyarakat. Tambah beliau lagi, sekarang Umno sedang melaksanakan ciri jahiliyah apabila menggunakan orang berilmu untuk menyokong kehendak pemerintah. 

Dato' Fadzil menyarankan agar Pemuda Malaysia mengembeling tenaga menjadi ‘media’ yang sahih kepada rakyat. Ini kerana rakyat sukar mendapat berita yang betul terutama kepada masyarakat di luar bandar.

Rakyat di luar bandar menjadi pengkalan utama hasutan Umno/BN. Walaubagaimanapun Program Gerak Balik Kampung dan Balik Raya anjuran GERAK telah berjaya memberi maklumat yang sebenarnya terhadap apa yang telah berlaku. Anak-anak yang bekerja di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur telah balik ke kampung masing-masing dengan membawa bersama risalah, kaset dan majalah yang dibekalkan oleh sekretariat GERAK untuk diberikan kepada keluarga mereka. Mereka mulai mempercayai berita yang sebenarnya setelah melihat gambar mata Anwar yang lebam, kekejaman polis pencegah rusuhan memukul orang awam dan banyak lagi perkara-perkara kezaliman. Ini merupakan satu kejayaan yang besar. Demikian dinyatakan oleh Presiden PAS, YB Dato' Hj. Fadzil M Noor semasa merasmikan Konvensyen Pemuda Malaysia .