SIAPA TAJA PAS BARU ?

http://members.tripod.com/tadahanWahyu/

ZABIDI: DESPERADO POLITIK

    Seminggu lalu, kita dikejutkan dengan sepanduk berbunyi "PAS BUKAN PARTI ISLAM" yang merentangi jalan Kota Bharu-Kuala Krai di kedai Mulong dekat Nilam Puri.  Orang yang mengaku menaikkan sepanduk tersebut ialah Zainal Abidin atau nama "sohornya" (terkenal) Bidi atau Zabidi, yang memang terkenal dengan sifat "gedebernya" di kalangan penduduk tempatan dan rakyat Kelantan.  Anuar Musa cukup kenal orang ini apabila beliau mengulas mengenai tindakan Zainal Abidin (disebut Zabidi oleh beliau) tersebut.

    Menurut maklumat sahih yang "tadahanWahyu" terima, Zabidi merupakan seorang ahli UMNO sebelum tahun 1984 atau 1986. (tahunnya penulis lupa) Semasa berada dalam UMNO beliau telah mendapat lesen sebagai "agen atau pengedar" kereta Honda di Kelantan.  Namun begitu pada tahun 1984/1986, lesen beliau sebagai agen telah ditamatkan oleh pihak BN/UMNO dan beliau telah melahirkan kekecewaan beliau apabila BN bertindak demikian.  Kekecewaan beliau kepada politik BN/UMNO telah membawa beliau untuk menyertai PAS pada tahun 1984/1986 (saya akan sahkan tahun tersebut dengan pimpinan).  Gayanya ialah, sifatnya sebagai seorang yang menyertai sesebuah parti kerana ingin mendapatkan sesuatu, dan apabila berasa kecewa dan berdendam dengan sesebuah parti itu, maka dia terus bertindak radikal dengan mengutuk parti  tersebut.  Ini telah terjadi kepada BN/UMNO apabila beliau memasuki PAS.
    Mulai tahun 1990, setelah PAS mengambil alih pemerintahan daripada BN/UMNO, beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis Daerah, bagi kawasan Kubang Kerian sehinggalah tahun 1998.  Namun ditahun 1999, perlantikannya tidak disambung dengan persetujuannya sendiri yang mahu memberi peluang kepada orang lain.  Namun begitu, jika benar beliau kecewa dengan PAS kerana tidak melantiknya, mengapa ia berbangkit sekarang, selepas 6 bulan perlantikan Ahli Majlis Daerah dibuat.  Sudah tentu ada "udang di sebalik batu".  Siapa yang menghasut beliau untuk bertindak demikian.  Pihak "tadahanWahyu" masih dalam proses penyiasatan.
    Sebaliknya, Zabidi menimbulkan tentang tentangannya terhadap cadangan PAS untuk membuka keahlian kepada bukan Islam dan juga mengenai kerjasama PAS dengan DAP.  Beliau telah menimbulkan perkara itu, semasa mengemukakan soalan kepada YB Dato' Presiden sewaktu Taklimat Khas Dato' Presiden di Pejabat PAS Kelantan.

    Maklumat kedua ialah, Zabidi memang orang yang pernah menentang kerjasama PAS dengan S46 dahulu. Salah seorang AJK PAS Kawasan Kubang Kerian menceritakan bahawa, beliau adalah seorang yang berhaluan kiri termasuk dalam puak-puak Islah bersama Ust. Mat Nor Deris.

UMNO TAJA CALON PAS BARU

Kita boleh memahami bahawa, tindakan Zabidi untuk menubuhkan PAS Baru mungkin didorong oleh galakan dan hasutan pihak-pihak tertentu terutama UMNO.  Pengumuman beliau bahawa PAS Baru akan bertanding di semua kerusi DUN Kelantan menampakkan kepada kita bahawa ia sudah tentu ditaja oleh golongan tertentu yang tidak takut dalam membazirkan wang dengan hilang wang deposit.  Kita menjangkakan bahawa UMNO sanggup mengeluarkan wang deposit calon seramai 43 orang X RM 3000 untuk memastikan calon PAS Baru bertanding di seluruh DUN Kelantan.  Dengan cara ini UMNO berjaya mengelirukan rakyat dan merasa yakin bahawa ia dapat memecah undi PAS.  Secara logik, pemecahan undi tersebut akan menyebabkan peratusan undi PAS akan merosot ditempat-tempat tertentu. Dan bagi UMNO dengan cara ini kononnya ia dapat memenangi beberapa kerusi yang marginal bagi.  PAS Baru seterusnya pula akan terkubur begitu saja selepas piliharaya.  Cuma, pengasas dan beberapa kerat pengikutnya mungkin akan mendapat habuan yang dijanjikan oleh UMNO.  Kita bukan menuduh sembarangan.  kalau kita kayapun, kita tidak akan membazirkan wang untuk menaja calon-calon yang sudah tentu akan kalah dalam pilihanraya.  Kalaupun Zabidi banyak wang, lebih baiknya dia buat kerja lain, daripada melakukan perbuatan yang akhirnya akan menikam diri sendiri. Beliau sekarang sudah terang nyata menjadi alat dan kuda tunggangan pihak BN/UMNO.

Sekian.
"tadahanWahyu"
15/7/99