HANIF OMAR: SAKSI YANG SEKULAR

Itulah saksi penting Mahathir, Tun Hanif Omar yang tak jumpa ayat quran yang larang judi. Apalah malangnya nasib Negara Malaysia, setakat ini sudah dua orang Ketua Polis Negara yang sudah diketahui perangai dan kaedah mereka berfikir. Sekarang baru rakyat tahu fikiran kedua-dua bekas KPN itu. Dua-duanya lemah akal rupanya. 

Bagaimana hendak membenteras judi kalau begitulah fikiran bekas KPN, apabila bekas KPN berfikiran begitu, apalah yang ada dalam otak fikiran staff bawahan beliau dulu?. Patutlah ulamak-ulamak berbuih mulut mengingatkan tentang judi yang memudaratkan, tetapi bekas KPN percaya dengan ingatan ulamak. Apabila Hanif Omar kata dia tak jumpa ayat larang judi, maka lagilah tak jumpa dia ayat al-Quran larang jadi Pengerusi Kelad Judi? Macam mana nak jumpa kerana al-Quran pun tak pernah baca, dan kalau baca pun tak faham macam puak-puak UMNO juga. Apakah  Hanif Omar tak jumpa ayat yang melarang judi yang disebut dalam al-Quran Surah al-Maidah: 90,91? 

Alasan sekular inilah yang menyebabkan dia ingin kaya dengan menjaga orang berjudi. 

Apabila bekas KPN berniaga menjaga kelab judi di Genting itu, tak usahlah buat program berjela-jela nak membenteras jenayah, kerana salah satu punca orang jahat ialah berjudi. KPN tak tahukah ini?  Diharap Tan Sri Norian Mai tidak memalukan intitusi kepolisan negara ini dengan bercakap perkara yang bodoh lagi bebal seperti Hanif itu. 

Kalau tak jumpa ayat larang judi pun, ulamak selalu sebut dan benda ini diketahui pun oleh penjudi-penjudi bahawa ugama larang berjudi dan perkara yang berkait dengannya, namun inilah kesan apabila tidak mempercayai ulamak yang disarankan oleh ketua mereka Mahathir. Apabila ulamak tidak didengar, dan tak jumpa ayat dalam quran, maka bolehlah dia terus-terusan menjadi pengerusi orang berjudi di Genting itu. 

Sebelum ini apabila PAS kata sekular itu penyakit yang ada pada sebahagian orang-orang besar dalam negara, rakyat tak percaya. Tetapi lihatlah dan nilailah sendiri sejak akhir-akhir ini banyak sudah terdedah betapa memang mereka yang rapat sangat dengan UMNO, boleh dikatakan mereka cuba memasukkan unsur sekular dalam ibadat. Orang dulu salah juga sebab masukkan elemen adat dalam ibadat, tetapi dalam kehidupan moden, elemen sekular itu sudah diserap di dalam sistem beribadat. 

Apabila bekas KPN kata dia tak jumpa ayat dalam AL-Quran yang larang judi, kenyataan itu meletakkan beliau di tempat yang jijik serupa saja dengan UMNO yang meletakkan buku SHIT itu di situ. Selain dari hal itu, rasanya Hanif juga pasti tak jumpa ayat yang mengatakan menjadi saksi palsu di dalam perbicaraan adalah dilarang. 

Norian Mai juga yang payah untuk membetulkan keadaan betapa imej polis diburukkan oleh dua orang bekas ketuanya. Setelah Rahim Noor menumbuk orang dengan tangan dan kepala ditutup, Norian dan Abdullah Badawilah yang tambah perkataan 'mesra' di dalam motto polis yang selain dari 'cepat dan betul' itu. Sekarang Hanif Omar pulak buat hal, apakah yang Abdullah Badawi nak buat?. Kalau mereka berdua diam saja boleh juga, tetapi jadilah macam Daim, makin dimarah rakyat. 

Mungkin atas alasan tadi juga Hanif sanggup menjadi saksi palsu di mana tarikh yang dia dikatakan menjadi saksi tadi sudah 3 kali dipinda. Maka secara tidak langsung, dia juga tidak berjumpa ayat quran bahawa fitnah itu dilarang Allah. Dalam keadaan Quran belum diterjemah semula seperti yang disarankan oleh Mahathir pun hal yang begini telah dimanipulasi. Tak tahulah apa yang akan UMNO buat supaya ramai lagi orang tak jumpa ayat yang larang itu dan larang ini. Biasanya larangan yang berbentuk ingatan itu selalunya akan kena pada UMNO, logiknya UMNO amat tak suka kepada peringatan, usahkan ulamak yang melarang mereka, UMNO tak suka, Qur'an yang mereka baca pun UMNO tak dengar apa yang qur'an larang dan ingatkan. 

Kalau merekalah yang terjemah semula quran, ramailah orang seperti Ummi Afilda, Azizan, Rahim Noor, Mohtar Abdullah, Rahim Tamby Chick, Khalid Jefri, Daim, Ibrahim Ali, Mahathir, Hanif Omar dan ramai lagi itu di bumi Malaysia. 

Sekian 

MURAMOZI