HINDARKAN DIRI DARIPADA TERMAKAN FITNAH
HINDARKAN DIRI DARIPADA MEMBACA AKHBAR HARIAN UM, BH, STAR, SUN & NEW STRAITS TIMES,
HINDARKAN DIRI DARIPADA MENONTON BERITA RTM & TV3.

BN dan UMNO meneruskan siri-siri KEZALIMANNYA.
 

Setelah BN yang diketuai oleh UMNO yang berketuakan Mahathir, menzalimi DSAI serta anak isterinya dengan mengaibkan maruahnya serta keluarganya, menjauhkan DSAI dengan isteri dan anak-anaknya, memisahkan DSAI dengan peyokong dan rakan taulannya ; lalu Mahazalim terus menerus menjalankan siri-siri keZALIMannya bagi membukti dan mengesahkan bahawa Mahadir benar-benar ZALIM dan melayakkan ia di panggil MAHAZALIM .

Tindakan terbaru yang saya dimaklumkan sebentar tadi, Setiausaha Pemuda PAS Kawasan langkawi ditukarkan ke Pulau Pinang. Sebelum ini beliau mengajar di sebuah sekolah rendah di Langkawi. Beliau anak Langkawi sudah berumah tangga. Tidak mempunyai masalah dengan pentadbiran sekolah. Mengajar mengikut sukatan pelajar dan menjalankan kerja yang diarahkan oleh pihak sekolah. Tidak melibatkan masalah politik dengan sekolah. Malah para pelajarnya amat senang dengan beliau.

Bekas setiausaha Dewan Pemuda PAS kawasan Merbok, menerima memo ditukarkan ke Pulau Pinang. Seorang guru yang gigih dilahirkan di kawasan Merbok dan tinggal di batu 3 Jalan Jeniang merupakan guru biasa namun pernah diberi kepercayaan untuk menyampai khutbah jumaat di masjid tempat tinggal beliau. Masyarakat begitu menyenangi beliau. Di sekolah beliau gigih mendidik anak bangsa walaupun diluar waktu persekolahan. Saya sendiri pernah dijemput oleh beliau untuk memberi ceramah motivasi pelajar sekolah beliau dalam Kem kepimpinan Pengawas pada tahun lalu.

Cuma saudara fikirkan.

Kenapa mereka ditukarkan ? Alasan kerana khidmat mereka diperlukan di Pulau Pinang ? Apakah di PP itu dah tak cukup cikgu ? Sedangkan banyak sekolah yang dah terlebih guru !. Adakah guru ini melanggar etika perguruan ? Rekod yang ada ; mereka guru yang gigih . Jelasnya meraka ditukarkan atas sebab politik bodoh JKK yang memberi maklumat kepada UMNO bahagian. JKK hanya memikirkan masa depan politik pemimpin UMNO bukan masa depan pembelajaran anak-anak mereka. Biar mampus anak mereka asalkan pemimpin mereka selamat . Pemikiran yang terlalu singkat yang ada dibenak otak JKK. Guru mendidik agar pelajar dapat membezakan yang benar dan salah, adil dan zalim . Seorang guru yang mendidik untuk itu pastinya akan gigih memperjuangkan kebenaran dan meruntuhkan kezaliman.

Bayangkan proses pembelajaran anak-anak yang ditinggalkan ? Sudah tentu tergendala dan terganggu sementara guru baru mengambil alih kelas. Murid terpaksa  enyesuaikan diri dengan guru baru. Ini sudah tentu memakan masa. Guru baru pula nak menilai kemampuan muridnya … makan masa juga, Apatah lagi peperiksaan akan menjelang tiba. Oii JKK apa hampa tak fikiaq ka ha… otak tak tang mana …. Pungkoq kot ?. Yang Orang dikementerian tu tak boleh pikiaq ka? Otak hampa pun nak samakan dengan JKK yang menulis pun tak boleh tu? Satu kerja pula pihak pentadbiran nak buat pelbagai perkara yang berkaitan dengan pertukaran tersebut. Masalah gaji , masalah penyerahan tugas dan pelbagai lagi.. Pening juga pengetua., keraninya. Bagi keluarganya pastinya terpaksa dipisahkan kerana anak-anak bersekolah. Apakah ini tidak zalim ?

Untuk Guru-guru yang ditukarkan

Yakinlah anda ditukarkan kesekolah yang ada orang. Anda akan mengajar orang juga. Bukan beruk-beruk di B.garden.  Ruang-ruang yang terbuka luas untuk anda terus berdakwah. Yakinlah Allah bersama anda kerana selama ini pun anda bekerja untuk Allah. Kesusahan anda ada ganjarannya disisi Allah. Jelaskan kepada anak dan isteri bahawa inilah perjuangan . DSAI dipenjara - sukar berjumpa anak isteri. Anda baru ke PP ; 1 jam pun boleh sampai balik. Didik anak isteri anda, inilah kezaliman BN UMNo
Mahazalim. Tanamkan dijiwa mereka untuk menjatuhkan BN. Walau umurnya baru 4 tahun minta dilakukan sesuatu agar dia juga ada saham untuk meruntuhkan kezaliman.

Untuk Guru-guru

Apakah mata anda masih buta ? lalu membiarkan teman seperjuangan anda dizalimi. Mungkin hari ini dia, esok mungkin saudara anda atau anda sendiri. Ayuh pastikan Bn ditumbangkan, pastikan tidak ada seorang guru pun disekolah anda yang menyokong UMNO. Bertindak lah sesuatu - jangan tangguh lagi . Buktikan anda tidak redha dengan kezaliman !. Anda benci BN dan mereka yang bersamanya! Jangan Patah semangat ! Jangan jadikan kes ini menyebabkan anda akan terus bersama BN atau membiarkan BN berkuasa lagi. Jadikan kes ini penyuntik semangat baru untuk memastikan BN Tumbang ! runtuh ! seruntuh-runtuhnya ! Anda pendidik , buktikan anda mampu mendidik diri anda dan mampu mendidik masyarakat kenal kezaliman dan mampu menyerang
kezaliman malah memastikan kezaliman dan pendokongnya dihumban jauh-jauh dari bumi ini.

Untuk Ibubapa/waris murid

Apakah anda redha dengan tindakan bodoh ini ? masa depan anak anda tergadai belum lagi ketika dipintu IPT yang memakan belanja yang tinggi , peringkat rendahpun sudah dizalimi. Tidak kasihkan anda terhadap anak-anak anda, masa depan anak-anak anda. Guru mendidik agar anak anda kenal yang benar dan yang salah supaya anak anda menjadi orang berguna. Menyenangkan anda ketika didunia dan dikubur nanti. Buktikan anda tidak redha ! hari ini mungkin guru sekolah lain. Esok mungkin guru sekolah anak anda . Bertindaklah dengan sesuatu bagi memastikan tidak ada lagi yang mengundi BN ! Ayuh jangan tunggu lagi!. Jangan patah semangat !. Ucapkan tahniah kepada guru tersebut kerana mereka telah buktikan mereka benar-benar pendidik untuk yang benar hingga mereka ditukarkan . Ini bukti mereka bukan sahaja mendidik agar mengenali kebenaran malah mereka berkorban untuk kebenaran.  Hantarkan guru ini beramai-ramai ke sekolah baru – buktikan sokongan anda biar UMNO kecut perut.

Kepada para pelajar

Anda dizalimi . Cikgu kasihkan anda. Cikgu Pasti anda juga mengasihi guru anda itu. Namun itulah kezaliman BN dan UMNO . Oleh itu bertindaklah untuk memastikan BN tumbang. Walau anda tidak boleh mengundi tapi anda fikirkan cara yang terbaik untuk anda meruntuhkan BN. Ingatkan kepada ibubapa " AYAH JANGAN SOKONG BN… BN ZALIM .. AYAH JANGAN PANGKAH BN NANTI BN HANCURKAN DUNIA DEPAN KAMI . IBU ….. RUNTUHKAN BN… KAKAK … TUMBANGKAN BN…. ABANG… JANGAN PASANG BENDERA BN …. KAWAN-KAWAN.. AYUH…. PASTIKAN BN TUMBANG……

( buat 10 salinan dan edarkan. bagi membuktikan anda benci BN dan
sekutunya )

CIKGU KEDAH