HINDARKAN DIRI DARIPADA TERMAKAN FITNAH
HINDARKAN DIRI DARIPADA MEMBACA AKHBAR HARIAN UM, BH, STAR, SUN & NEW STRAITS TIMES,
HINDARKAN DIRI DARIPADA MENONTON BERITA RTM & TV3.

Lapuran Ceramah di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu 25/7/99

Saya telah menghadiri ceramah PAS di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV pada hari Ahad malam Isnin 25/7/99.Acara solat hajat dan ceramah yang ditunggu-tunggu  oleh rakyat Kelantan akhirnya bermula. Saya terpaksa meletak kenderaan hampir 2 km dari stadium. Kelihatan orang-ramai berpusu-pusu berjalan ke stadium - tua, muda, yang berkeluarga kelihatan mengendong anak kecil sambil
sang isteri membawa bekal makan malam- kami akan 'berparti' di padang stadium malam ini!!

Setelah berjaya menembusi keadaan berhimpit-himpit tapi berdisiplin di pintu  stadium, akhirnya dapatlah juga saya masuk ke dalam. Insaf perasaan saya bila melihat dengan mata kepala saya sendiri lautan manusia di atas padang dan ditangga-tangga stadium, setiap luang dibanjiri manusia-Allahu Akbar! Di scorebard stadium terpampang PAS BOLEH(9) LWN UMNO(0).

Saya sampai lebihkurang pukul 9:00. Solat hajat baru selesai dan puluhan ribu manusia menadah ke langit mengaminkan doa. Saya kira inilah doa terpanjang pernah saya dengar, pukul sepuluh (satu jam) baru imam menghabiskan doa.

Pengerusi majlis ialah YB Ustaz Bunyamin.Saya kira beliau amat berjaya mempengerusikan majlis pada malam intu dengan celoteh-celoteh yang melucukan tapi bernas-makan dalam!

Acara dimulakan dengan ucapan Setiausaha Agung PAS yang baru, Ust. Nasharudin Mat Isa. Inilah ucapan sulung beliau sebagai Setiausaha Agung. Beliau menyampaikan salam Ustaz Fadhil Noor yang tidak dapat datang. Ustaz Nasharudin menyatakan beliau mewakili golongan muda yang tidak rela ditipu lagi oleh UMNO/BN sepertimana mereka menipu emak ayah dan datuk nenek kita selama 42 tahun. Belaiu menyatakan sekarang ini ada moon-phobia dan PAS-phobia. Oleh  kerana itulah PETRONAS terpaksa mengubahsuai lambang korporatnya. Terdapat  800 lebih stesen minyak PETRONAS dan setakat ini 421 buah telah diubahsuai lambang. PETRONAS terpaksa membelanjakan sebanyak RM60juta hanya untuk  mengubah lambang!

Sebelum pengerusi majlis menjemput Tg. Ust. Ab. Hadi Awang sebagai penceramah kedua, beliau (Ust.Bunyamin) secara berseloroh menyatakan mungkin selepas ini stesen minyak BP pula terpaksa menukar warna korporatnya yang berwarna hijau, atau mungkin terpaksa terus menukar nama kerana BP adalah singkatan kepada Bulan Purnama!!

Tg. YB. Ust. Abd. Hadi menyatakan satu forum mengenai Hukum Hudud telah dianjurkan oleh PAS pada tahun 1993 untuk berbincang dan memberi penjelasan memgenai hukum  hudud yang akan dibawa kepada Dewan Undangan Negeri Kelantan. PAS telah memjemput parti-parti politik dari BN dan pembangkang, serta pertubuhan-pertubuhan NGO.Kebanyakannya hadir termasuk Pertubuhan Hindu,
Pertubuhan Buddha, Pertubuhan Keristian, namun UMNO tidak hadir. Ust. Abd. Hadi juga telah menghurai mengenai kes Anwar dan memberitahu beliau pergi mengunjungi Anwar di mahkamah minggu lepas. Ust. Abd Hadi menyatakan jika undang-undang Islam dilaksanakan, maka 4 saksi lelaki yang ADIL hendaklah diadakan. diantara sifat adil ialah tidak melakukan dosa-dosa besar seperti
berjudi, zina dan minum arak, dan juga tidak melakukan dosa-dosa kecil secara berterusan. Malang kata beliau, ada di antara saksi yang dikemukakan, seorang yang tidak berjumpa ayat haram judi di dalam al-Qur'an, dan seorang perempuan 'yang gelenyar', dan juga sebiji lembek(tilam).

Pencerama ketiga adalah YAB Tg. Nik Abd. Aziz. Beliau berkata beliau dipangil untuk memberi ceramah minggu lepas di University of Chulalongkorn, Pattani, Thailand. Di negara yang bukan Islam, beliau dijemput untuk memberi ceramah di universiti, namun di negara sendiri tidak dibenarkan.Beliau berpesan kepada ahli-ahli PAS, samada ahli lama atau baru, supaya menjaga adab dan kesopanan kerana orang akan selalu memperhati dan akan terpesona kalau ahli-ahli mepunyai adab yang mulia.

Majlis selesai pukul 12:00 malam. Sekian catatan ringkas dari Kota Bharu.
-Zique