FORUM PERDANA UMNO TERENGGANU LENGANG
  
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sekarang jam 10.15 malam, hari Isnin 28 Jun 1999. Saya baru pulang dari membuat tinjauan di lokasi program Forum Perdana Ehwal Islam anjuran UMNO, bertempat di Manir, Kuala Terengganu. 

Bertolak dari rumah jam 9.00 malam, keadaan jalanraya ke tempat forum amat lengang, seperti tiada apa-apa yang berlaku. Malah terserempak dengan kelompok orang muda dan tua yang bersembang di tepi jalan atau baru pulang dari mesjid. Cukup bersahaja dan kelihatan tidak akan ke mana-mana pada malam ini. Kadang-kadang terdetik di hati..apakah program malam ini sudah dibatalkan. Walaubagaimanapun saya tetap meneruskan  perjalanan demi mencari kepastian mutlak. 

Sebenarnya, kain pemidang menghebahkan program tersebut terpampang di persimpangan jalan hampir dua minggu lalu lagi. Menampilkan panel yang bukan calang-calang, malah cukup dikenali dan disegani di seluruh Malaysia. Siapa tidak kenal Ustaz Sulaiman Endut yang kelakar dan Ustazah Dr. Mashitah Ibrahim yang petah itu. Malangnya, apabila mereka digandingkan dengan YAB MB Terengganu, Al-Fadhil Ulamak UMNO..ramai yang geli dan rasa miang badan. Saya pun pada mulanya tak ingin ke majlis tersebut, tapi demi untuk mencari maklumat untuk anda sekalian..saya terpaksa gagahkan diri dan liberalkan sedikit minda yang memberontak ini. 

Sesampai di majlis, lebih kurang jam 9.15 malam, majlis masih lengang. Sudah tentu demi pak menteri..polis trafik pasti mengawal laluan. Di tepi jalan, masih ramai yang tercegat-cegat seolah-olah memerhati apa yang berlaku di hadapan pentas. Mungkinkah mereka ini penyokong PAS dan KeADILan yang sekadar datang untuk memerhati ?..Mungkin juga. Manakala di tengah padang di sediakan kerusi-kerusi VIP dan kerusi penonton. Wow! ...ada kelas gitu. Sambil menayangkan muka selamba, saya bergegas ke tengah padang untuk mencongak bilangan kerusi. Ada kira-kira 1000 biji. Malangnya pada masa itu tidak sampai separuh yang penuh. Itupun banyak yang diduduki pelajar sekolah  dan kanak-kanak. 

Apa sudah jadi ? ..apakah populariti ahli panel masih belum mampu menarik puluhan ribu penonton, ataupun kehadiran MB UMNO yang memaksa orang ramai bertapa di rumah ? Untuk mencari jawapannya, kita tinjau sejarah program Forum Perdana Ehwal Islam di negeri bertuah ini. Sebelum kegawatan dan keShit-tan politik melanda bangsa ini, Forum Perdana amat digemari dan dinanti oleh rakyat. Puluhan ribu pasti membanjiri kawasan demi mencari pedoman hidup. Malah Forum anjuran PAS yang diadakan sebelum ini di kawasan berhampiran yang telah menampilkan Dato' Dr. Harun Din, Ust. Ismail Kamus dan Dato' Dr. Hassan Ali telah mencipta rekod ( pada masa itu ) menyaksikan kebanjiran lebih seratus ribu manusia. Malah yang terbaru, Forum Perdana di Marang dua hari yang lalu, menampilkan Tg. Hj. Abd. Hadi, Dato' Dr. Harun Din dan Dato' Dr. Hasssan Ali sekali lagi mencipta rekod 
baru dengan lebih 100 000 kehadiran. Dari senario di atas tentu kita dapat mengagak mengapa kehadiran malam ini cukup menyayatkan, malah amat parah sekali.. 

Amat malang bagi Ustaz Sulaiman dan Dr. Mashitah. Populariti dan ketinggian ilmu mereka masih tidak dapat membendung kebencian dan kemarahan rakyat negeri bertuah ini terhadap tali barut Mahathir dan UMNO. Saya amat percaya dan hampir pasti, jika kehadiran mereka tidak digandingkan dengan mana-mana tokoh  UMNO, kehadiran malam ini pasti 
memberangsangkan. Malang.. kehadiran mereka telah menjadi sia-sia. Inilah balanya apabila rakyat tidak lagi dapat mengawal lagi kemarahan kepada barisan pemimpin yang tidak berakal di otak. Selama ini ramai yang telah percaya (terpedaya) dengan momokan UMNO. Tetapi apabila Mahathir sanggup mencerca ulamak dan menghina dan memijak-mijak Dato' Seri Anwar, rakyat negeri ini tidak mampu berdiam diri lagi. Dan paling malang, orang yang berilmu tinggi dalam agama seperti Wan Mokhtar dan Yusof Noor sanggup menjadi pengampu setia serta pembisu laknat dalam hal ini, demi menjaga kedudukan diri dan harta. Malang sungguh dan pedih sungguh rasa hati. 

Kita amat berharap dan sentiasa berdoa agar kebejatan akhlak pemimpin UMNO hari ini dapat dihumban terus dari muka bumi ini. Dan kita amat berharap agar apa yang berlaku pada malam ini menunjukkan satu lagi petanda bahawa UMNO akan terhapus dari bumi Darul Iman ini. Apakah harapan ini bakal menjadi kenyataan..kita tunggu dan lihat. Allah pasti memberi pertolongan kepada hambaNya yang sabar. 

Apabila saya berangkat pulang pada jam 10.00 malam, Ahli Exco kerajaan negeri, Dato' Abdul Rashid Ngah masih belum selesai berucap bagi mewakili MB yang tidak dapat hadir. Kerusi masih belum penuh, dan pemerhati-pemerhati yang berdiri di sepanjang jalan semakin ramai. Beberapa buah bas tersadai di tepi jalan. Entah jin dari planet mana yang diangkut oleh bas-bas tersebut. Seiringan dengan saya ada beberapa orang yang beredar dari majlis. Semuanya membisu..mungkin tidak pasti dari kem mana. Saya dongak ke langit..bulan kelihatan Mengambang Penuh seolah-olah menyindir-nyindir Dato' Rashid yang sedang mengomel tentang Perpaduan Bangsa.. Saya pulang dengan hati yang berat. Kepada Ustaz Sulaiman yang kelakar dan Ustazah Mashitah yang cun..maafkan kami rakyat Terengganu kerana tidak dapat bersama kalian pada malam ini. Kebencian..Kemeluatan kami kepada UMNO tidak mampu terbendung lagi. Silalah datang sekali lagi..tetapi tolonglah
jangan sekapal dengan shit-shit ITU lagi. 

Al-Ihsan 
Terengganu