Kisah Hishamuddin di UK 

Kehadiran lebih kurang 37 orang yang mana 12 orang terdiri daripada Pegawai dari MSD, High Comm, Petronas dan Setiausaha Hishamuddin, 15 orang adalah AJK perjumpaan tersebut, 3 orang adalah terdiri daripada seorang businessman melayu yg telah bermastautin di Coventry lebih dari 10 tahun dan 2 orang rakannya, 6 orang dari birmingham dan selebihnya pelajar dari U of  Warwick..... tidak ramai yg hadir dan Hishamuddin agak senang dengan suasana yg tidak ramai ini kerana katanya lebih senang berinteraksi..agak sedih juga keadaannya kerana dewan yg digunakan agak besar.......Di antara perkara yg disampaikan oleh Hishamuddin adalah seperti berikut: 

1. Susah nak tapis internet...dalam internet banyak fitnah sebagai contoh gambar yg menunjukkan isterinya memegang beer tidak disuperimpose dengan baik, jari isterinya agak panjang dari biasa 

2. Individu tertentu adalah tidak penting...sebagai contoh Datuknya keluar UMNO tapi UMNO masih hidup, Mak Saudaranya Ketua Wanita KeADILan (Nell Onn) tapi tak ada apa kesan pada UMNO...jadi Anwar Ibrahim akan ditelan sejarah dan katanya sejarah akan melupakan anwar sebagaimana Datuk dan Ayahnya dilupakan orang.... 

3. Pembangkang cuba adakan budaya mencarut seperti mengata PM P**MAK, sedangkan orang UMNO tak pernah kata P***IMAK kepada Tuan Guru Nik Aziz atau Ustz Fadhil..sedangkan Ustz Fadhil sendiri sanggup kata Dolah badawi jaga babi 

4. Dengan menepuk meja dengan kuat dia kata dia tak rela pemimpin seperti Mahadhir di carutkan begitu gaya 

5. Zahid Hamidi mengaku dia telah menjadi budak suruhan Anwar dalam mengetengahkan isu rasuah dan kronism sambil mengatakan bahawa Anwar pun banyak rasuah dan kroni sebagai contoh Dr Rahim Ghouse, Kamaruddin Nor, Kamaruddin Jaafar, ABRAR group dll ..jadi katanya the person in the glass house should not throw stones around 

6. Dia juga mengatakan bahawa dialah orang yg mempertahankan Zahid Hamidi kerana dia ingat zahid mengetengahkan isu kroni dan rasuah adalah agenda Pemuda tetapi rupanya Zahid hanyalah budak suruhan Anwar...jadi dia menyesal sokong Zahid dan mengatakan jika Zahid adalah budak suruhan anwar apa salahnya jika dia menjadi budak suruhan Mahathir 

7. Dia akan suruh Pemuda UMNO monitor akan kebajikan anwar di penjara kerana salah seorang pelajar ada bertanya mengenai anwar dipenjara dan oleh kerana ada pelajar memohon mengikut saluran yg betul maka isu kebajikan anwar di penjara akan di monitor oleh Pemuda UMNO, sebelum ini katanya dia tidak menghiraukan kebajikan anwar dipenjara kerana dia percaya yg anwar dilayan sepertimana banduan yg lain... 

8. Hishamuddin menegaskan betapa perlunya kita mempertahankan Kewibawaan Mahkamah dan Perpaduan orang melayu dan jika jatuh ke tangan pembangkang maka negara akan DIGADAIkan 

9. Mengenai isu Debat di UKM, beliau berkata beliau tidak tahu menahu akan Debat tersebut dan ini telah diiyakan dengan cara angguk pokke oleh S/Unya..beliau mengatakan bahawa pihak penganjur telah menggunakan namanya utk memberi publisiti ...dan beliau juga berkata bahawa beliau bukan bodoh untuk pergi kesarang pihak pembangkang dan berdebat dikalangan pelajar yg mindsetnya telah disetkan utk menghentamnya dan tidak menerima akan sebarang penjelasan darinya sepertimana yg dilalui oleh Zein Isma..sehingga bila Zein Isma nak terkencing pun disorak oleh seluruh pelajar mengenai debat di UM..beliau berada di UK dan  Zein Isma telah siap utk berdebat...beliau kata Zein Isma suka kepada debat seperti yg berlaku di UKM kerana katanya lagi walaupun dicemuh oleh orang lagi kuat semangat Zein Isma...beliau juga kata berpuluh biji bas dari Universiti lain telah digunakan untuk menghantar pelajar mendengar debat tersebut..beliau juga mengatakan bahawa ini telah didalangi oleh pembangkang. 

10. Beliau mengatakan bahawa untuk membawa beribu penyokong UMNO untuk mengeboo orang dalam dewan adalah mudah baginya tetapi beliau bukan perangai begitu..beliau tidak suka pelajar dipergunakan untuk kepentingan orang atau agenda tertentu 

11. Beliau mengatakan bahawa beliau telah mencabar mahfuz utk datang ke NTV7 untuk berdebat tapi Mahfuz pengecut menolak ajakannya 

12. Beliau juga mengatakan adalah mudah baginya untuk menghimpunkan beribu Pemuda UMNO untuk membuat demonstrasi tetapi beliau tidak akan buat begitu sepertimana yg di buat oleh pihak pembangkang kerana beliau tidak mahu mencemarkan negara dimata antarabangsa 

13. Dia menegaskan bahawa Pemuda UMNO tidak akan mempertahankan Rahim Nor dan dia sendiri akan memastikan Rahim Nor diambil tindakan yg sewajarnya oleh Mahkamah kita yg berwibawa.... 

14. Agak sedih apabila beliau mengatakan bahawa keretanya telah dikencingkan orang.... 

15. Beliau harap kalau orang tidak suka kepadanya adalah memadai tak perlu undinya tapi tak perlulah kencing keretanya 

16. Beliau tak kisah jika beliau tak jadi Ketua Pemuda atau wakil rakyat jika itu adalah kehendak orang ramai