HINDARKAN DIRI DARIPADA TERMAKAN FITNAH
HINDARKAN DIRI DARIPADA MEMBACA AKHBAR HARIAN UM, BH, STAR, SUN & NEW STRAITS TIMES,
HINDARKAN DIRI DARIPADA MENONTON BERITA RTM & TV3.

SENARIO SEMASA

"Kita tidak boleh dikatakan membazir  kerana seseorang itu hanya dikatakan membazir kalau berbelanja melebihi kemampuan. Kita tidak menghadapi kesukaran membiayai projek-projek  tersebut kerana kita mempunyai wang yang cukup untuk membayarnya."

- DR. MAHATHIR MOHAMAD
Perdana Menteri Malaysia

"Sebenarnya duit negara bertimbun, duit bina istana ada, duit bina mahligai ada, duit beli jet, duit beli helikopter ada, buat litar Formula 1, tapi apa ada untuk biasiswa?"

- USTAZ FADZIL MOHD NOOR
Presiden PAS

"Pendapatan saya sebagai nelayan tidak menentu. Dalam seminggu cuma dapat RM40.00 atau RM50.00. Inilah pendapatan saya. Dalam seminggu kadangkala dua atau tiga hari kami tak makan nasi, paling banyak pun hanya beberapa keping roti."

- KASSIM HASSAN
Ketua sebuah keluarga sebelas anak yang tinggal di bekas sebuah kilang buruk di Jalan Kuala Kedah


"Saya hanya menumpang tinggal di kawasan ini, nak sewa rumah dah tak mampu, jadi ambil dahan pokok, zink buruk dan poster-poster jadikan pondok untuk berteduh. Sebelum ini saya kerja pengawal keselamatan sebab sakit bengkak sendi saya terpaksa tidur saja selama 20 bulan tak boleh buat kerja berat lagi."

- SAAD MUSA
Yang tinggal di pondok buruk bawah jambatan Lebuhraya Utara-Selatan, berhampiran Hospital Jitra, Kubang Pasu.