HINDARKAN DIRI DARIPADA TERMAKAN FITNAH
HINDARKAN DIRI DARIPADA MEMBACA AKHBAR HARIAN UM, BH, STAR, SUN & NEW STRAITS TIMES,
HINDARKAN DIRI DARIPADA MENONTON BERITA RTM & TV3.

MAHATHIR KELIRU  TUGAS ULAMA'

Mahathir masih lagi marah kepada orang ramai yang menuduh dia tidak menerima ulama, walhal segala kelakuannya jelas memperlihatkan sikapnya yang tidak menghormati langsung kaum ulama'. Sudah banyak kali ulama'-ulama' terkemuka Malaysia mencadangkan kepada dia usaha-usaha baik untuk memperbaiki diri sendiri tetapi segala nasihat mereka ditolak tepi kerana dianggap terlalu kolot dan merugikan.

Rakyat berpendapat bahawa kenyataannya dan cara dia menyampaikan pendapatnya kali ini jelas memperlihatkan pendirian PM yang memang sekular. Begitu sempit pemikiran Mahathir tentang peranan ulama' sehingga hanya berpendapat bahawa mereka yang berilmu pengetahuan tinggi tentang Ad-Din mereka hanya layak menjadi mufti atau guru agama sahaja. Baginya ulama' tidak ada hak untuk menyentuh hal-hal politik.

Mahathir harus sedar tentang tugas dan tanggungjawabnya ulama' untuk menegur dan menentang seorang pemimpin yang zalim. Bak kata bekas Mufti Selangor Dato' Ishak Baharom, setelah dipecat - "Sayanya bukan anti-kerajaan, cuma anti-kemungkaran".

Ulama' tidak membezakan antara parti atau individu dalam memberi teguran. Dan seharusnya para
ulama' kita tahu dan sedar kalau hendak menegur, gunakanlah cara yang paling baik. Nabi Musa a.s. sendiri ketika hendak berdepan dengan Firaun diperintah oleh Allah s.w.t. untuk menggunakan cara yang lembut dan jangan berkasar-kasar dengannya. Itulah cara yang digunakan oleh para ulama' kita sekarang, tetapi balasan yang mereka terima hanyalah maki-hamun dan cacian yang paling mengaibkan. Lihatlah bagaiman anak raja Kelantan yang kurang ajar itu Ku Li menghina Tuan Guru Nik Aziz.

Tetapi itu semua tidak dilihat oleh Mahathir. Baginya kalau ulama' menyentuh tentang hal yang lain daripada asas-asas fiqh dan tauhid serta amal ibadat ritual, maka ulama' sedemikian sudah terpesong. Fahaman Mahathir tentang Ad-Din Islam hanyalah tertumpu kepada sembahyang, zakat, haji dan ritual-ritual yang lain tanpa pengisian hati dan pemahaman tentang apakah tujuan dan konsep benar Islam.

Dalam bertindak sebegini rupa, Mahathir sama sahaja seperti pemimpin-pemimpin Barat yang
dibencikannya yang mengutuk paderi-paderi mereka kalau paderi-paderi bersuara sedikit pun tentang isu-isu sosial dan kemanusiaan. Paderi-paderi itu hanya disuruh untuk menjaga gereja-gereja serta pengikut-pengikut spiritual mereka sahaja. Tidak ada pun pengamalan agama yang menyeluruh dalam kehidupan mereka.

Rakyat tidak boleh membiarkan seorang musuh Islam sebegini rupa untuk terus berkuasa. Agama digunakannya sebagai satu senjata untuk melawan kebenaran dan keadilan. Firman Allah dalam Al-Quran yang suci diputarbelitkan maksudnya untuk mengelirukan ummah muslimin dan muslimat di negara kita dan untuk mematahkan gerakan Islam. Manusia seperti Mahathir amat perlu dijatuhkan. Demi mempertahankan maruah agama kita, adalah menjadi kewajipan kita untuk menentang pemimpin yang taghut ini. Tumbangkan Mahathir dan keluarganya!