HINDARKAN DIRI DARIPADA TERMAKAN FITNAH
HINDARKAN DIRI DARIPADA MEMBACA AKHBAR HARIAN UM, BH, STAR, SUN & NEW STRAITS TIMES,
HINDARKAN DIRI DARIPADA MENONTON BERITA RTM & TV3.

CERAMAH DATO' DR HARUN DIN DI MADRASAH
AL-EHSANIAH, AMPANG INDAH
 
Alhamdulillah, malam tadi 29/7/99 saya berkesempatan menghadiri Majlis ceramah Dato' Dr Harun Din di Ampang Indah. Majlis bermula dengan Solat Maghrib berjemaah, solat Hajat dan bacaan Yaasin. Ceramah bermula lebih kurang jam 8:15 malam. Tajuk ceramah berkisar kepada "Nabi Muhammad sebagai contoh ikutan". Saya sampai agak awal dan berkesempatan mengambil tempat di dalam ruang Surau yang padat
dengan para jemaah. Saya pasti ramai lagi yang berada di luar surau. Pada mulanya Dato' Dr Harun Din dah nak stop pada jam 10:00 malam, tapi disebabkan permintaan daripada para hadirin, beliau teruskan ceramahnya hingga jam 10:45 malam.

Apa yang dijelaskan oleh Dato' Dr Harun Din, secara umumnya adalah seperti berikut:

1.Sesungguhnya Nabi Muhammad adalah insan yang diakui oleh Allah sebagai memiliki akhlak yang terunggul.

2.Nabi Muhammad adalah contoh teladan yang terbaik bagi tiga golongan manusia, iaitu: golongan yang mengharapkan ganjaran dan keredhaan Allah, golongan yang mengharapkan hari akhirat, dan golongan yang
mahu mendekatkan diri kepada Allah. Manusia yang tidak tergolong dalam golongan ini, tidak akan mengambil Nabi Muhammad sebagai contoh ikutan mereka ...sebaliknya menghina Nabi dengan berbagai hinaan.

3. Al Quraan yang Allah turunkan melalui Nabinya adalah sempurna, tiada cacat celanya dan Nabi tidak pernah lupa, ataupun mengubah sebarang isi kandungan Al Quran tersebut. Para Sahabat adalah golongan yang
menerima arahan Allah melalui NabiNya tanpa sebarang bantahan. Perintah Allah di dalam Al Quran dipatuhi tanpa sebarang soalan. Tidak pernah ada di  kalangan sahabat yang meminta tangguh sesuatu perintah. Contohnya, di dalams kisah pengharaman arak.... inilah insan rabbani yang telah dibentuk oleh Nabi Muhammad s.a.w.

4.Dato' Dr Harun Din juga menyentuh tentang manusia yang bersifat binatang. Manusia ini, walaupun jasadnya, luarannya nampak seperti manusia, tetapi sifatnya adalah sifat kebinatangan, bahkan lebih hina daripada binatang. Mereka ini mengenepikan sifat-sifat peperimanusiaan... membuat fitnah, menghina dan macam-macam perbuatan yang keji yang lain.

5. Fitnah adalah perbuatan yang terkutuk. Dato' Dr Harun Din menyebut sepotong ayat Al Quran yang maksudnya lebih kurang, " Sesungguhnya mereka yang memfitnah orang beriman laki-laki dan perempuan, kemudian mereka ini tidak bertaubat, maka bagi mereka ini azab Jahannam dan bagi mereka juga azab api membakar yang pedih"

6. Di dalam Islam, Syariaat dan Syiar adalah dua perkara yang amat berbeza. Syiar adalah lambang semata-mata dan ianya tidak penting. Masjid Nabi di Madinah di bina hanya secara ala kadar, berdindingkan
tanah liat, beratapkan daun tamar dan berlantaikan pasir. Nabi tidak membina masjid bernilai berjuta-juta ringgit, apatah lagi mahligai besar, tetapi apa yang Nabi  laksanakan adalah Syariaat, hukum hakam ketentuan Allah. Masjid itulah tempat penyampaian segala Syariaat
yang kemudiannya dilaksanakan. Ini bermakna masjidlah tempat berbincang tentang pelbagai perkara ...politik, ekonomi, sosial dan sebagainya .....

Begitulah secara umumnya.... Semoga menjadi pengajaran yang berguna untuk kita semua.

TEGAKKAN ISLAM, NESCAYA TERTEGAKLAH KEADILAN