HINDARKAN DIRI DARIPADA TERMAKAN FITNAH
HINDARKAN DIRI DARIPADA MEMBACA AKHBAR HARIAN UM, BH, STAR, SUN & NEW STRAITS TIMES,
HINDARKAN DIRI DARIPADA MENONTON BERITA RTM & TV3.

KINI  Isu No. 5 (30 Julai 1999)
http://kini.webjump.com/

KDN Mungkin Gugurkan “Islam” pada PAS, ABIM

Kementerian Dalam Negeri bersedia menimbang cadangan supaya ditubuhkan sebuah panel di peringkat kementerian untuk mengkaji kemungkinan memansuhkan penggunaan perkataan Islam dalam semua badan sukarela dan parti politik. Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Abdullah Ahmad Badawi berkata cadangan itu bertujuan mencegah nama Islam disalahgunakan seperti kegiatan politik.” Semalam, KINI sudah menyiarkan saranan Senator Rosli Mat Hassan agar nama Islam pada PAS (Parti Islam Se-Malaysia) dan ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) digugurkan. Setahu kita, Presiden Suharto sebelum tumbang pada 1998 pernah juga melarang parti-parti politik menggunakan Islam atau menentang Pancasila. Agaknya, Umno dan BN tidak lama lagi senasib dengan bekas presiden Indonesia yang terkenal dengan amalan kronisme, nepotisme dan rasuah (KKN).

Sumber Air Tercemar, Hanya 24 Sungai Bersih

Daripada 117 batang sungai di negara ini, hanya tinggal 24 batang sungai yang didapati masih bersih berbanding 42 batang pada 1996, persidangan Dewan Negara diberitahu, laporan BERNAMA dipetik hari ini. Dalam tempoh yang sama, jumlah sungai yang sederhana tercemar juga telah meningkat daripada 61 kepada 68, manakala sungai yang tercemar meningkat daripada 13 kepada 25, katanya lagi. Apa kerajaan lakukan, tidur? Apakah ini bermakna Kempen Cintailah Sungai Kita sudah gagal dan kerajaan hanya melaporkan
kegagalannya. Aduhai, kerajaan BN...

Penulis Sokong AUKU Dipinda

Seorang penulis tetap akhbar Sin Chew Jit Poh, James Wong, menyokong Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dipinda. Sebagai warga negara ini, pensyarah dan pelajar berhak menikmati hak yang sama di sisi Perlembagaan negara, tulisnya. “AUKU menjadikan mereka sebagai warga negara kelas kedua” tambahnya lagi, “di tanah air mereka sendiri.” Akta ini yang diluluskan oleh Dr Mahathir sejak tahun 1974 lagi, ketika itu beliau Menteri Pelajaran, berjaya melumpuhkan gerakan pelajar dan pensyarah yang matang dan bersemangat cintakan negara. Sejak September tahun lalu bagaimanapun, gerakan pelajar bangkit semula dan banyak kumpulan pelajar meminta AUKU
dipinda atau dihapuskan.

Polis Disaran Dihadapkan ke Suruhanjaya Bebas

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia yang akan ditubuhkan patut diberi kuasa penuh untuk menyiasat segala bentuk aduan yang melibatkan pencabulan hak asasi manusia di negara ini. Tetapi malangnya suruhanjaya itu, menurut Senator Datuk Mohd Zuki Kamaluddin, “diletakkan di bawah pengawasan seorang menteri.” Beliau juga mencadangkan agar Suruhanjaya itu nanti “diberikan kuasa penuh termasuk kuasa mengeluarkan sapina kepada sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat berhubung pencabulan hak asasi manusia.” Akta Polis dan Akta Hasutan disarankan agar dipinda bagi membolehkan kes-kes yang membabitkan anggota polis disiasat oleh suruhanjaya yang benar-benar bebas dan tidak dianggotai anggota polis sendiri, tambahnya lagi. Idea bagus tetapi kerajaan hendak terima ke?

PM Cari Ulama Sebenar

Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa beliau tidak menolak golongan ulama tetapi sebaliknya mahu membezakan sama ada mereka tulen atau tidak. "Saya tidak tolak ulama,” ujarnya lagi, “tetapi saya tidak tahu yang mana satu (ulama sebenar)." Kemudian PM menafsirkan mengikut fikirannya sendiri “ulama sebenarnya adalah seseorang yang tidak mempunyai kepentingan lain selain daripada hanya ingin mentafsirkan agama sebenar-benarnya serta tidak memihak kepada sesiapa”. Kalau sokong pembangkang, bukan ulama
sebenar, tetapi ulama yang ada kepentingan politik? Kalau sokong kerajaan atau terlibat dengan Umno, ulama apa? Dan kalau seseorang Perdan Menteri menafsirkan agama mengikut akalnya sahaja, ulama apa pula tu?

Daim Cuba Khayalkan Rakyat

Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, menjelaskan bahawa “tidak ada perubahan besar dalam pasaran saham selepas September depan,” lapor muka depan akhbar Nanyang Siang Pau. Dana-dana asing tidak akan keluar dengan mendadak, katanya. Kenyataan Daim ini dipercayai cuba memujuk rakyat yang selama ini menjangkakan dana-dana asing akan keluar apabila kawalan modal dilonggarkan mulai 1 September depan. Boleh percaya ke, Daim? Tun Daim pun berniaga juga...

Indeks BSKL Turun Lagi

Harga-harga saham di Bursa Saham Kuala Lumpur ditutup rendah semalam walaupun meningkat sedikit pada sesi tengah hari. Indeks BSKL turun lagi dari 782 mata ke 774 mata. Ekonomi merosot lagi...