HINDARKAN DIRI DARIPADA TERMAKAN FITNAH
HINDARKAN DIRI DARIPADA MEMBACA AKHBAR HARIAN UM, BH, STAR, SUN & NEW STRAITS TIMES,
HINDARKAN DIRI DARIPADA MENONTON BERITA RTM & TV3.

KINI  Isu No. 4 (29 Julai 1999)
http://kini.webjump.com/

Awang Had Sanggah PM

Prestasi pelajar Melayu lemah bukan kerana politik, tetapi akibat kurang makanan seimbang, khususnya protein, jelas pakar pendidikan Profesor Awang Had Salleh. Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad yang menyalahkan pelajar Melayu “suka berpolitik” menjadikan mereka lemah dalam pelajaran. “Pelajar Cina utamakan sayur, ayam dan sup” jelasnya, “tetapi pelajar Melayu hanya berkongsi seketul ayam.” Sementara itu, Ketua Penerangan Pemuda Umno menyatakan hanya segelintir pelajar terlibat dengan
politik, sementara majoriti pelajar menjadi “pemerhati”.

Apa lagi PM, siapa yang betul? Dr Mahathir yang suka bercakap bohong atau seorang pakar pendidikan selama 32 tahun?
 

Pilihanraya Umum 1999 Guna Senarai 1998

Seramai 9.7 juta pengundi, termasuk 700,000 pengundi yan bertukar alamat, akan membuang undi jika pilihan raya umum diadakan tahun ini. Daftar itu tidak termasuk pendaftaran baru yang bermula awal April hingga Mei tahun ini. “Daftar tahun 1998 yang diluluskan 7 Januari lalu akan digunakan,” jelas Pegawai Perhubungan Awam SPR, Muhamad Azhari. Sebanyak 193 kawasan Parlimen akan dipertandingkan.

Ini bermakna seramai 650,000 pengundi baru muda - yang kebanyakannya barangkali tidak setuju dengan kerajaan -TIDAK BOLEH MENGUNDI. Lebih kurang 200,000 pengundi baru mendaftar setiap tahun, tetapi lebih dari tiga kali ganda mendaftar pada tahun ini setelah peristiwa Anwar bermula.

Yang anihnya, mereka yang ingin menukar alamat - sebahagian besar untuk membantu calon UMNO yang lemah - dapat diterima, sedangkan mereka yang baru mendaftar tidak dapat mengundi. SPR, janganlah ikut telunjuk PM dan Umno sahaja…
 

Kaji Semula Nama Islam

Seorang senator mendesak agar pertubuhan yang menggunakan nama Islam “digugurkan”, sambil menyebut organisasi yang dimaksudkan ialah PAS (Parti Islam Se-Malaysia) dan ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia).  Senator Rosli Mat Hassan mencadangkan penel kajian itu ditubuhkan di Kementerian Dalam Negeri. “Tindakan ini mesti disegerakan sebelum nasi menjadi bubur,” jelasnya lagi “demi bangsa, agama dan negara”.

Ulang sekali lagi, demi apa? Demi politik Umno ‘kan? Satu lagi bukti penindasan Umno yang semakin hilang pengaruh.
 

PM: Dua Penggal Sahaja, Bukan 18 Tahun!

Dr Chandra Muzaffar mendedahkan pakatan Alternatif telah mencapai persetujuan tempoh perkhidmatan bagi jawatan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri hanya setakat DUA PENGGAL sahaja.

200,000 Komputer untuk Sekolah Bistari

Menteri Pendidikan menjelaskan projek sekolah bestari akan berjalan sepenuhnya pada tahun 2002. Sekolah bistari tergendala pelancarannya sejak ekonomi negara gawat pada 1997. Sehingga kini, hanya 90 sekolah menjalankan ujian dalam projek rintis. Setiap sekolah mendapat purata 100 buah komputer.  Kalau kita tukar nilai RM200 juta mahligai Perdana Menteri itu, kita akan dapat 100,000 buah komputer. Dengan komputer sebanyak itu, kita boleh wujudkan 900 sekolah projek perintis, bukannya 90 sekolah. Tidak perlu tunggu tahun 2002, sekarang pun boleh!

Yang jelas, Dr Mahathir utamakan dirinya sendiri dan mengakibatkan “pelajar Melayu lemah pelajaran” dan “ketinggalan arus teknologi maklumat”.

Debat: Mahfuz Rela Tanpa Pengikut

Dewan Pemuda PAS sedia berdebat dengan pemimpin Pemuda UMNO di mana-mana stesyen televisyen tempatan walaupun tanpa kehadiran penyokongnya, kata ketuanya Mahfuz Omar. "Kami sedia berdebat dengan Pemangku Ketua Pemuda UMNO Datuk Hishammuddin Tun Hussein di mana-mana stesyen televisyen, termasuk RTM, walaupun tanpa penonton, dengan syarat debat itu disiarkan secara langsung," katanya dalam satu kenyataan. Beliau mengulas kenyataan Menteri Penerangan, Tan Sri Mohd Khalil Yaakob yang menganggap debat di antara PAS dan UMNO akan menimbulkan kekacauan oleh penyokong PAS.

Harga Saham Menjunam Lagi

Indeks BSKL jatuh 13 mata lagi ke 782 mata. Kejatuhan ini akibat tiada sokongan pasaran sesi petang, sumber BERNAMA dipetik hari ini. “Kebanyakan pelabur berhati-hati dan berada di pinggir,” jelas seorang dealer.

Hai, nampaknya ekonomi kita menjunam jugalah tu… Ya-lah bukankah indeks BSKL atau harga saham itu petunjuk prestasi ekonomi, seperti yang diajar oleh menteri-menteri Umno sebelum ini.
 

Kakitangan Awam, Mahathir Bila Lagi?

Kerajaan membuat keputusan semua ketua jabatan mengisytiharkan jumlah aset masing-masing dalam tempoh setiap tiga tahun, demikian jelas Ketua Pengarah JPA, Samsuddin Osman. “Langkah ini penting kerana sebelum ini tidak ada tempoh masa ditetapkan.”

Hai, sebegitu lama, baru sedar perlu perubahan ini?

Tak ‘kan di kalangan pegawai tinggi kerajaan sahaja. Perdana Menteri, menteri-menteri dan ahli-ahli keluarga terdekat bila lagi mahu isytiharkan harta kepada orang ramai? Sekarang rakyat pertikaikan menteri selewengkan duit rakyat, inilah masanya PM perlu isytiharkan, termasuk 200 lebih syarikat anak-anaknya.

Kroni Kuatkan Cengkaman ke Atas Media

Kumpulan media yang terbesar di negara ini mengadakan perubahan struktur
pengurusan besar-besaran Selasa lalu. Usaha ini dilihat bertujuan
memperkuatkan kroni-kroni tertentu dalam Umno. Perubahan di NSTP Bhd dan
Sistem Televisyen (M) Bhd (TV3) serentak dengan Timbalan Presiden Dewan
Perniagaan Bumiputera Abdul Rahman Maidin menguasai 95 peratus saham
Realmild Sdn Bhd, yang menguasai MRCB.

Kroni kuasai media, media putar-belit berita. Eloklah tu…