HINDARKAN DIRI DARIPADA TERMAKAN FITNAH
HINDARKAN DIRI DARIPADA MEMBACA AKHBAR HARIAN UM, BH, STAR, SUN & NEW STRAITS TIMES,
HINDARKAN DIRI DARIPADA MENONTON BERITA RTM & TV3.

AIR: KELANTAN JANGKA UNTUNG RM2 BILLION

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan dijangka memperolehi keuntungan sebanyak RM2 billion menerusi kutipan hasil air dalam tempoh 30 tahun akan datang memandangkan prestasinya semakin meningkat sejak diurus kerajaan negeri, bermula  Mei lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam dan Kesihatan negeri, Haji Hassan Abdullah, berkata prestasi kutipan hasil air sekarang mencecah sehingga RM1.75 juta pada  Julai lalu, berbanding hanya RM1.2 juta sewaktu diswastakan.

Beliau berkata demikian kepada sempena lawatannya ke Loji Pembersihan Air Kampung Putih, Stesen Pam Penggalak Kampung Perol dan tangki air di Merbau. Katanya, penggalian semula sumber air di loji-loji terbabit, seperti Kampung Putih yang mengalami pertambahan air sebanyak 30 peratus, iaitu dari 26 juta liter sehari kepada 34 juta liter.

"Adalah dijangkakan sumber air akan menjadi sebahagian eset kerajaan negeri pada masa depan.

Dengan penggalian semula dua telaga di sini sejak 19 Julai lalu, adalah dijangkakan penduduk di negeri ini khususnya di Kota Bharu tidak ketandusan sumber air biarpun musim kemarau.

"Dengan kesungguhan kakitangan Air Kelantan Sdn Bhd di samping kesedaran penduduk, sebanyak RM400,000 tunggakan hasil air dari jumlah keseluruhannya sebanyak RM12,168,705 berjaya dipungut setakat ini," ujarnya.

Mengenai usaha membaikpulih tangki air di Merbau serta penggalian semula sumber air di Stesen Pam Penggalak Kampung Perol, katanya kerajaan negeri terpaksa mengeluarkan peruntukkan yang besar untuk tujuan itu. Satu tangki air di Merbau yang boleh menampung 400,000 gelen air. Di samping itu, menurutnya projek penggalian semula telaga pam air di Perol turut dilakukan dari 100 kaki kepada
250 kaki.

Haji Hassan berkata, dengan siapnya dua pam  di sini dengan pertambahan air empat juta liter sehari, masalah kekurangan bekalan air yang sering berlaku di Kuala Krai, Kok Lanas serta Ketereh dan sebahagian Machang dapat diatasi.

Katanya, Air Kelantan Sdn Bhd turut mengamalkan sistem penjimatan dalam pengurusannya.

Harakah Kelantan