HINDARKAN DIRI DARIPADA TERMAKAN FITNAH
HINDARKAN DIRI DARIPADA MEMBACA AKHBAR HARIAN UM, BH, STAR, SUN & NEW STRAITS TIMES,
HINDARKAN DIRI DARIPADA MENONTON BERITA RTM & TV3.

TINDAKAN MAHATHIR SEMAKIN TIDAK KERUAN

Assalamualaikum,

Sekarang ini kalau kita buka TV, dengar berita radio atau pun baca paper; macam dah sahih sangat dah 'tilikan' Tengku Razaleigh bahawa Pilihanraya Umum kali ke-10 akan diadakan dalam bulan September akan datang.

LA, LUPA PULAK - SEKARANG DAH BULAN OGOS, MAKNANYA TAK SAMPAI SEBULAN
LAGI DAH NAK PILIHANRAYA!!

Kita ini kadang-kadang dah naik malas nak cerita pasal PM pergi sana pergi sini dalam apa nama tu majlis bersama rakyat, yang semua oranG tahu sebenarnya adalah kempen besar-besaran UMNO menjelang pilihanraya yang bakal menjelang.

Minggu lepas, masa PM pergi Terengganu, saya ada dengar ucapan beliau yang disiarkan secara langsung melalui radio dalam kereta. Mula-mula ingat nak switch off radio saja tu, tapi dok ingat kalau nanti orang sembang pasal PM di Terengganu tu, sekurang-kurangnya bolehlah juga tumpang celah.

Petikan penting ucapan beliau ini disiarkan di muka depan akhbar2 tempatan keesokan harinya. Antaranya, saya melihat petikan2  berikut dalam akhbar the STAR 30/7/99:

"Prime Minister Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad said he had never rejected ulamas (Islamic scholars) who follow the true teachings of Islam.  Denying that he was anti-ulama as alleged by the opposition, he said: 'I  will never recognise individuals claiming to be ulamas who take sides and  interpret Islam according to their political agenda.' "

[Terjemahan: Perdana Menteri, Al-Fadil  Hanafi Ustaz Haji Mahathir berkata bahawa adalah tidak benar beliau anti-ulamak. Beliau hanya menerima ulamak yang mengikut ajaran Islam yang sebenarnya, yang tidak menyebelahi mana-mana pihak dan tidak mentafsirkan Islam mengikut agenda politik mereka].

AI, HARI TU YANG HANG PI PECAT MUFTI SELANGOR, DATUK ISHAK BAHARUM ITU
APA HAL - SEDANGKAN SATU MALAYSIA TAHU DATUK ISHAK BAHARUM BUKANNYA ADA JOIN  MANA-MANA PARTI POLITIK!

APABILA DATUK ISHAK BAHARUM MENGHARAMKAN PERTANDINGAN RATU CANTIK,
APAKAH BERMAKNA BELIAU TIDAK MENTAFSIRKAN ISLAM MENGIKUT AJARAN ISLAM YANG SEBENARNYA???

Selain dari itu, ada satu lagi petikan yang saya rasa agak menarik:

"Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad has asked Kelantan Mentri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat to give  higher salaries and better benefits to the neglected religious  school teachers in Kelantan.  The Prime Minister said if the Kelantan government did not have enough money, Nik Aziz  should sell his house, car and other assets to pay the teachers. "

[Terjemahan: Dr Mahathir meminta Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Aziz  supaya menaikkan gaji dan lain-lain benefit kepada guru-guru sekolah agama di Negeri Kelantan. PM berkata, kalau kerajaan Kelantan tak cukup duit, Nik Aziz patut menjual rumah beliau, kereta dan lain-lain harta untuk membayar gaji guru-guru berkenaan.]

LA, LOGIK LAH SIKIT PM - KALAU NIK AZIZ JUAL RUMAH DAN KERETA DIA, BERAPA BULAN SANGAT BOLEH COVER GAJI CIKGU-CIKGU ITU.

LAINLAH KALAU HANG JUAL MAHLIGAI PUTRAJAYA RM200 JUTA DAN JET GLOBAL
EXPRESS RM200 JUTA ITU  -  BUKAN TAKAT BOLEH NAIKKAN GAJI CIKGU-CIKGU DI
KELANTAN, TAPI SATU MALAYSIA INI PUN BOLEH TUMPANG !!

Minggu lepas juga, kita mendengar dengan penuh pasti bahawa Pengakuan Paksa Sukma Darmawan telah diterima sebagai bahan bukti oleh pihak Mahkamah:

"In his decision, Justice Arifin said the prosecution had proven beyond reasonable doubt that the confession was voluntary." [The Star 27 July 99].

[Terjemahan: Dalam keputusannya, Hakim Arifin berakata pihak pendakwa telah membuktikan melepasai 'tahap keraguan' bahawa pengakuan Sukma itu adalah secara sukarela].

HMM, KEPUTUSAN MAHKAMAH KITA TAK BOLEH LAWAN, NANTI KENA TANGKAP -
NAYA, PILIHANRAYA DAH NAK DEKAT NI!!

Apa kata kita sedut beberapa petikan dari pengakuan paksa Sukma itu untuk tatapan bersama:

"Sepanjang perhubungan saya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim saya hanya berperanan sebagai pasif dan Datuk Seri Anwar sebagai aktif. Posisi kedudukan seks saya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya sentiasa melakukan secara mereng atau menyerong dan meniarap."

ISH, ISH, ADA SIAPA-SIAPA PAKAR LIWAT DI SINI? - SELAIN DARI CARA MERENG, MENYERONG ATAU MENIARAP, ADA KA LAGI CARA LAIN ORANG MELIWAT -
ISH, ISH TAK SANGKA SUNGGU DEPA BOLEH 'MENCARUT' SAMPAI DETAIL MACAM
TU!!

"Selama hubungan saya dengan beliau, beliau tidak pernah menggunakan kondom. Hubungan seks terakhir saya dengan beliau kurang lebih di antara bulan Mac atau April 1998 disebabkan kesibukan kerja beliau. Itu saja yang hendak saya katakan mengenai pengakuan saya terhadap hubungan seks saya  dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim."

LA, TAK PAKAI KONDOM? - INI KALAU MARINA MAHATHIR DENGAR, MESTI KENA
MARAH NI!!

HUBUNGAN SEKS TERAKHIR BULAN MAC ATAU APRIL 1998 - HABIS TU MACAM MANA DENGAN LAPORAN DOKTOR YANG MENGATAKAN TIDAK ADA KESAN 'BENDA TUMPUL' DIMASUKKAN KE DALAM DU BUR SUKMA???

[Maka, nampak jelaslah di sini bahawa laporan Doktor itu turut dibakul-sampahkan oleh Dr Mahathir sama macam laporan rasuah Ghani Patail terhadap Datuk Seri Rafidah].

Last sekali, di pertengahan minggu lepas, kita dikejutkan dengan penangkapan dua orang tokoh korporat Islam, sorang bernama Dr Wan Muhammad Hasni dan seorang lagi bernama Datuk Ishak.

Dr Wan Muhammad Hasni adalah Executice Chairman Abrar  Corp dan merupakan bekas Presiden MISG, iaitu satu Pertubuhan Pelajar  Islam Malaysia di luar negeri. Sesiapa yang pernah menuntut di Amerika Syarikat tentunya pernah dengar mengenai pertubuhan ini. Oleh kerana saya tidak begitu mengenali Dr Wan Hasni, saya tak mampu bercerita panjang mengenai beliau, tetapi nak dipendekkan cerita, Dr Wan Hasni seperti yang semua orang maklum adalah antara orang kuat DSAI.

Sementara nama Datuk Ishak Ismail, Pengarah Urusan Kentucky Fried Chicken (KFC) Malaysia; yang lebih dikenali sebagai Pak Ad di kalangan orang-orang Permatang Pauh amatlah popular di sebelah Utara khususnya di negeri Pulau Pinang. Apa tidaknya, saya mendapat tahu secara peribadi beberapa buah masjid dan surau di Pulau Pinang ini yang tak putus-putus menerima sumbangan peribadi beliau. Ada sebuah masjid telah mendapat sumbangan peribadi Pak Ad sebanyak RM40,000, belum ditambah lagi berbelas-belas ribu ringgit untuk pembinaan tambahan. Saya juga  mendengar cerita, ramai pelajar-pelajar di berbagai yayasan di Pulau Pinang ini mendapat tajaan  beliau; itu belum termasuk lagi pelajar-pelajar Islam yang belajar di Jordan dan negeri2 lain di Timur Tengah yang mendapat bantuan langsung daripada Pak Ad. Mungkin kerana itu agaknya, saya dimaklumkan oleh seorang sahabat yang sering mengikuti pengajian Ustaz Shamsuri, bahawa suatu ketika dulu nama Pak Ad pernah muncul dalam kuliah/ceramah Ustaz Shamsuri di mana Ustaz Shamsuri  pernah menyebut nama beliau sebagai Pak Ad yang patut menjadi contoh kepada  orangramai, kata Ustaz Shamsuri (lebih kurang) "Walaupun Pak Ad nampak lekeh tapi merupakan seorang dermawan yang berhati mulia!".

Saya juga dimaklumkan bahawa pekerja-pekerja kilang Arkib, kilang kepunyaan Pak Ad yang terletak tak jauh dari masjid Kubang Semang cukup bertuah kerana apabila  mereka bekerja sudah cukup 10 tahun, mereka akan dihantar secara percuma oleh Pak Ad ke Mekah untuk menunaikan haji. Pendekkata, di sekitar Pulau Pinang ini, nama Pak Ad sebagai seorang dermawan cukup dikenali ramai. Mungkin kerana itu agaknya,apabila keluar berita minggu lepas bahawa Pak Ad ditangkap 'Mahathir', maka di sana sini orang buat Sembahyang Hajat untuk Pak Ad; kalau tak percaya boleh tanya anak-anak kariah  masjid Berapit, Masjid Kubang Semang dan kawasan sekitar.

Cumanya, saya tertanya-tanya dalam banyak-banyak orang Anwar, selain dari Wan Hasni, kenapakah pula Pak Ad yang jadi mangsa? Persoalan saya itu terjawab apabila saya dimaklumkan bahawa Pak Ad diberitakan telah memberikan sumbangan peribadi antara RM200 ribu ke RM300 ribu untuk membantu Barisan Alternatif menggerakkan jentera mereka.

Selain dari itu, ada khabar yang mengatakan bahawa Pak Ad sebagai antara orang UMNO yang berpengaruh di Pulau Pinang telah diminta oleh 'orang itu' untuk menentang Dr Wan Azizah dalam pilihanraya akan datang; tapi kerana Pak Ad ingkar, maka orang itu sudah murka. Lalu, seperti yang kita sering tengok di laman web Mahafiraun2020 "Barangsiapa yang ingkar akan perintah aku, maka aku letakkan ia di dalam penjara"; maka hari ini Pak Ad sedang menghitung hari untuk ke penjara.

KESIAN PAK AD!!

Kot mana pun, Pak Ad ini adalah seperti kita juga, sebahagian daripada watak-watak yang sedang menghidupkan pentas politik negara. Saya secara peribadi sedang tertunggu-tunggu, siapakah pula yang akan dicekup oleh Dr Mahathir selepas ini.

Sebabnya terlalu mudah dibaca:

Mula-mula Datuk Seri Anwar buat laporan polis kes Perwaja.

MAHATHIR KENA SATU-KOSONG.

Kemudian, DSAI buat laporan polis kes Datuk Seri Rafidah.

MAHATHIR KENA DUA-KOSONG.

Kemudian, Mahathir cekup Dr Wan Muhd Hasni dan Pak Ad.

JADI DUA SAMA!

Lepas tu, DSAI buat laporan polis kes Daim.

SEKARANG, DAH JADI TIGA-DUA!!

Lalu, untuk sepanjang minggu ini dan minggu-minggu mendatang, kita
tertunggu-tunggu siapakah pula yang akan dicekup oleh Mahathir untuk
score jadi seri - TIGA SAMA!!

Sekian Ulasan Minggu ini.

Wassalam,
Pakdin