HINDARKAN DIRI DARIPADA TERMAKAN FITNAH
HINDARKAN DIRI DARIPADA MEMBACA AKHBAR HARIAN UM, BH, STAR, SUN & NEW STRAITS TIMES,
HINDARKAN DIRI DARIPADA MENONTON BERITA RTM & TV3.Pemberhentian Guru Sandaran di Sabah: Hadiah kemenangan BN di Sabah
Berikut adalah keluhan rasa akibat pemberhentian guru sandaran di Sabah. Saya dimaklumkan giliran guru sandaran sek. Men akan ditamatkan pula pada penghujung tahun ini. Rata-rata guru sandaran adalah penyolong BN. Malah sebahagian telah menjadi pendokong dan tukang kempen BN. Kalau orang yang bekerja untuk BN pun dijadikan mangsa apatah lagi yang langsung tidak bekerja dengan BN. Sebelum ini BN berjanji (Dato Najib) membantu guru sandaran ini. Sudah jelas BN telah memungkiri janji.
Tarikh 30 Jun 1999 adalah tarikh yang amat perit bagi guru sandaran khususnya sekolah rendah di negeri Sabah. Semua guru sandaran yang berkhidmat dengan Kementerian pendidikan telah ditamatkan perkhidmatan mereka.
Diantara yang menjadi mangsa Dato' Seri Najib ini ialah guru yang pernah berkhidmat bebelas-belas tahun.
Tidak ramai yang menyedari, sebahagian besar guru sandaran telah memberi sumbangan yang besar terhadap pendidikan anak bangsa kita. Merekalah yang sanggup meredah pelusuk pendalaman Sabah demi memberi khidmat bakti kepada anak bangsa Malaysia.
Umum mengetahui pendalaman dan kepulauan Sabah sebahagian besarnya tidak mempunyai kemudahan infrastruktur dan kemudahan asas sebagaimana yang dinikmati di bandar-bandar. Tanpa kemudahan yang mencukupi seperti air, elektrik, bilik darjah dan buku rujukan yang lengkap guru-guru ini telah menabur bakti dengan penuh ikhlas dan kesungguhan.
Diantarannya menumpang balairaya kampung ataupun bangunan sementara disebabkan tidak mencukup bilik darjah.
Bayangkanglah, disaat-saat kita hendak melangkah ke abad yang ke 21, abad millineum yang serba canggih dan pintar ini masih ada golongan yang terus terpinggir dari arus perdana.
Benarkah kerajaan benar-benar mengambil berat masalah rakyat ?
Benarkah Pemerintah benar-benar memikirkan masa depan rakyat ?
Kalau Pemerintah boleh memikirkan Lapangan Terbang Abad yang ke 21 kenapa tidak dengan nasib guru sandaran dan anak bangsa kita di pendalaman dan kepulauan ?
Kalau pemerintah mampu memikirkan Bandar pentadbiran untuk 100 tahun akan datang kenapa tidak dengan nasib guru sandaran dan masyarakat miskin nun hauh di sini.
Sebelum pilihanraya, Dato Najib menjanjikan bahawa kerajaan akan memikirkan cara bagaimana supaya guru sandaran ini boleh memasuki maktab perguruan atau
mana-mana insititusi bagi membolehkan mereka diserapkan kedalam kementerian.Malahan guru-guru sandaran inilah yang telah bertungkus lumus untuk memenangkan BN pada pilihanraya Sabah yang lepas !!!
Apakah ini balasan Dr. Mahathir kepada kami guru sandaran di Sabah ???