HINDARKAN DIRI DARIPADA TERMAKAN FITNAH
HINDARKAN DIRI DARIPADA MEMBACA AKHBAR HARIAN UM, BH, STAR, SUN & NEW STRAITS TIMES,
HINDARKAN DIRI DARIPADA MENONTON BERITA RTM & TV3.

PENAMATAN KHIDMAT 5,000 GURU SANDARAN- HADIAH KEMENANGAN BN/UMNO!
 

PAS Sabah telah menerima banyak rungutan dan luahan rasa kesal daripada beberapa orang guru-guru sandaran dalam kategori Gred D82 yang telah ditamatkan khidmat mereka tanpa sebarang pemberitahuan atau notis daripada pihak Jabatan Pendidikan Sabah. Apa yang amat dikesali oleh mereka yang terlibat ini ialah sikap Jabatan Pendidikan yang telah memungkiri janjinya seperti yang termaktub dalam surat tawaran yang secara jelas menyatakan bahawa tempoh khidmat guru-guru sandaran akan hanya berakhir pada penghujung Disember, 1999. Sekarang, kata guru-guru yang terlibat dengan penamatan khidmat ini, masih belum sampai bulan Disember. Baru bulan Jun, 1999, kami dah diberhentikan!!! Inilah dasar pembohong Jabatan yang bernaung dibawah Kerajaan zalim Barisan Nasional.

Adalah jelas sekarang bahawa para pemimpin UMNO/BN bukanlah manusia-manusia yang boleh digantungkan harapan untuk meraih simpati malah jauh sekali untuk mengharapkan  janji-janji yang ditaburkan masa pilihanraya ditunai selepas kemenangan dalam pilihanraya tersebut. Penamatan khidmat guru-guru sandaran ini hanyalah satu daripada beberapa banyak contoh-contoh kelasik yang melambangkan sikap munafik para pemimpin UMNO iaitulah antara ciri-ciri kemunafikan seseorang itu "apabila ia berjanji, dikhianatinya janji tersebut". Apa.....selepas ini anda semua masih mahu memberi undi lagi kepada wajah-wajah munafik ini?? Tidak serik lagikah dengan pembohongan-pembohongan mereka???

Benar-benar ikhlaskah para pemimpin palsu UMNO ini untuk membantu Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang sinonim dengan PAS itu? Apakah para pemimpin UMNO ini merasa kecewa dan gelisah dengan sistem pendidikan SAR yang boleh menjuruskan golongan remaja kepada ketaqwaan sebenar kepada Allah yang akhirnya akan menimbulkan kesedaran kepada golongan remaja ini untuk menghayati cara hidup Islam yang terkandung didalamnya tuntutan untuk melaksanakan syariat atau hudud dalam kehidupan bernegara yang  sekaligus bererti  mesti mengundi parti Islam i.e. PAS apabila mereka mencapai tahap umur 21 tahun? Ya...nampaknya para pemimpin UMNO ingin melihat wanita-wanita atau gadis-gadis yang tidak menutup aurat seperti Erra Fazira, Ziana Zain, dan mungkin pembaca berita TV3 yang gebu-gebu dan montel-montel tu yang saban hari bertindak menjadi penyambung lidah, penyampai fitnah para pemimpin UMNO dalam usaha terakhir untuk terus bergayut pada kuasa yang sudah sampai kepenghujungnya. Mana tau!!!.

Kepada guru-guru sandaran yang terlibat dengan penamatan khidmat mereka oleh Jabatan Pendidikan, kami daripada Parti Islam PAS hanya mampu untuk menumpang kesedihan diatas apa yang kalian hadapi. Tentunya sebahagian dari kalian yang telah memberi undi kalian pada pilihanraya Sabah baru-baru ini merasa cukup terkilan diatas 'balasan' yang diberikan oleh para pemimpin UMNO. Doakanlah agar PAS dan parti-parti Alternatif (PKN, DAP, PRM) memenangi pilihanraya umum yang bakal diadakan bila-bila masa yang hanya menunggu saat pengumuman pembubaran BUAT KALI TERAKHIR, INSYA'ALLAH oleh Mahathir.

PAS akan berbuat sesuatu yang lebih baik untuk kalian semua setelah kuasa berada pada golongan yang bertindak secara ADIL, TELUS DAN IKHLAS.

Hamzah Hj. Abdullah,
Ketua Penerangan,
Badan Perhubungan PAS Sabah