Mursyidul Am beri panduan tentang pembahagian kerusi Klik untuk dengar Ucapan Tuanguru
"Kita mestilah bersikap tidak terlalu kedekut dan mereka jangan pula terlalu tamak. Tolak ansur mesti ada," kata Tuan Guru ketika berucap di hari akhir Muktamar Tahunan PAS ke-45 baru-baru ini. "Macam kita menyerahkan anak gadis kita kepada menantu dan besan kita. Kita pandang wajah besan dan menantu kita, mereka nampaknya ikhlas dan jujur maka lega hati kita. Kita pesan menantu dan besan kita itu supaya jaga anak kita itu baik kerana ini adalah amanah," kata Tuan Guru lagi. Menurut beliau lagi, dalam pembahagian kerusi ini, kita (PAS) jangan kedekut sangat dan mereka (rakan pembangkang lain) jangan tamak sangat pula. Katanya, Umno kini cukup cemas dengan persefahaman kita ini. Umno seperti lelaki tua yang bertongkat kiri kanan (MCA, MIC). "Tentu mereka gelabah apabila kita mau ambil tongkat mereka," kata Tuan Guru. Dulu,
katanya, PAS bertanding sendirian, tetapi kini kita kenalah bekerjasama
dengan pembangkang yang lain untuk kebaikan bersama.
home | Dewan Ulama' | Dewan Pemuda | Dewan Muslimat | search Masalah Teknikal? webmaster@parti-pas.org Parti Islam Se Malaysia (PAS) + Markaz Tarbiyyah PAS, Lrg Hj Hassan, Tmn Melewar, + 68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia Phone: 603-6899296 + Fax: 603-6869618 + E-mail: webmaster@parti-pas.org |